Resepi agar-agar laici
Resepi agar-agar laici yang sangat enak dimakan pada ketika cuaca panas. Dan Resepi pencuci mulut yang mudah. Anda harus mencuba!
Bahan-bahan:
- 1 peket agar-agar kering, 28g
- 1 1/2 cawan gula
- 5 cawan air
- 2 helai daun pandan
- 1 tin susu cair
- 1 tin laici
Cara Penyediaan:
- Basuh dan rendam agar-agar lebih kurang 1/2 jam.
- Tapis dan masukkan agar-agar ke dalam periuk bersama air, gula dan daun pandan. Masak hingga agar-agar larut
- Masukkan susu cair dan air laici ke dalam larutan agar-agar. Kacau seketika sehingga mendidih.
- Carikkan isi laici dan tabur di dalam loyang.
- Tuang adunan agar-agar ke dalam loyang, sejukkan seketika dan masukkan ke dalam peti sejuk.
- Apabila agar-agar sudah sejuk dan membeku, potong dan hidangkan.
Resepi agar-agar laici
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rupa-Rupanya Tetuan H2O Tak Tahu Beza Antara Notis Pemakluman Dengan Kertas Siasatan
- Sepatut dapat semula USD9 bilion dari Goldman Sach , tapi diselesai dengan USD2 bilion sahaja? Di sarankan siasat Muhyiddin dan Zafrul.
- Kerana ‘Sedekah’, Hadi Awang Bakal Kehilangan Kerusi Parlimen Marang
- Pemecatan Dan Penggantungan Pemimpin UMNO Tidak Memberi Kesan Buruk Kepada Negara
- Arman calon Ketua Pemuda paling ‘ceria’
- Akaun Parti dibeku , PPBM beri alasan bodoh untuk lepaskan pembekuan.