PM Jepun pecat setiausaha gara-gara komen homofobia

PM Jepun pecat setiausaha gara-gara komen homofobia

PM Jepun pecat setiausaha gara-gara komen homofobia
PLAINTIF dan penyokong mereka mengadakan protes jalanan berhampiran Mahkamah Daerah Tokyo di Tokyo pada 30 November 2022. -AFP

TOKYO: Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida memecat salah seorang setiausahanya kerana mengeluarkan komen homofobia (perasaan takut atau benci teramat sangat terhadap homoseksual) yang dianggapnya sebagai keterlaluan.

Lapor Al Jazeera, Kishida dalam kenyataan berkata, Masayoshi Arai mengeluarkan komen iaitu tidak mahu melihat pasangan sejenis berkahwin kerana beranggapan tindakan itu keterlaluan dan tidak sepadan dengan masyarakat inklusif yang disasarkan oleh kerajaan.

Jumaat lalu, menurut penyiar awam NHK, Arai, seorang pegawai ekonomi dan perdagangan yang menyertai kakitangan Kishida sebagai setiausaha pada Oktober lalu berkata, dia juga tidak suka jika mereka (golongan homoseksual) tinggal berjiran dengannya dan akan meninggalkan negara jika kerajaan membenarkan perkahwinan sejenis.



Lelaki berusia 55 tahun itu kemudiannya memohon maaf dan berkata kenyataannya itu sebenarnya tidak wajar walaupun itu merupakan pendapat peribadinya.

Pemecatan itu merupakan satu tamparan hebat kepada kerajaan Kishida yang dinilai sebagai prestasi pentadbiran yang merosot sejak tahun lalu.

Kishida kehilangan empat menteri dalam masa tiga bulan termasuk didakwa terlibat penyelewengan kewangan atau mempunyai kaitan dengan Penyatuan Gereja yang mencetuskan kontroversi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Antara mereka yang berundur dari kerajaan Kishida ialah Naib Menteri Hal Ehwal Dalaman dan Komunikasi, Mio Sugita yang meletak jawatan pada Disember lalu kerana mengeluarkan komen kontroversi tentang golongan lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ) serta komuniti Orang Asli Ainu Jepun.



Jepun adalah satu-satunya negara dalam Kumpulan Tujuh (G7) yang tidak mengiktiraf perkahwinan sejenis.

Namun, lebih daripada 12 pasangan memfailkan saman di mahkamah daerah di seluruh Jepun dengan alasan pengharaman perkahwinan sejenis melanggar Perlembagaan negara.

Pada November tahun lalu, mahkamah di ibu negara Jepun mengekalkan larangan perkahwinan sejenis tetapi menyifatkan kekurangan perlindungan undang-undang untuk keluarga sejenis sebagai mencabuli hak asasi mereka.

Japan’s new PM Kishida to face opposition questions



PM Jepun pecat setiausaha gara-gara komen homofobia

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Kecewa dengan politik, 2 MP Umno bakal letak jawatan?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button