Ebit Lew hadir sambung perbicaraan kes gangguan seksual

Ebit Lew hadir sambung perbicaraan kes gangguan seksual

Ebit Lew hadir sambung perbicaraan kes gangguan seksual
Perbicaraan kes gangguan seksual mengaitkan, Ebit Lew disambung di Mahkamah Majistret Tenom, hari ini. – Foto fail NSTP

TENOM: Perbicaraan kes gangguan seksual mengaitkan pendakwah terkenal, Ebit Lew disambung di Mahkamah

Majistret Tenom, hari ini.

Mengenakan pakaian serba hitam dan berkopiah putih, Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim, 37, tiba di perkarangan mahkamah kira-kira jam 9.10 pagi dengan menaiki kereta pacuan empat roda berwarna hitam.



Perbicaraan kali ini berlangsung bermula 7 sehingga 10 Februari depan.

Prosiding sebelum ini berlangsung selama tiga hari pada 20 hingga 22 Disember tahun lalu.

Ebit berhadapan 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi Whatsapp yang didakwa berlaku di daerah Tenom antara Mac hingga Jun 2021.

Ebit dituduh melakukan perbuatan itu mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.



Anwar Ibrahim Dan DAP Akan Bermesyuarat Di Ibu Pejabat UMNO Malam Ini

Ebit Lew hadir sambung perbicaraan kes gangguan seksual


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Anwar Ibrahim Dan DAP Akan Bermesyuarat Di Ibu Pejabat UMNO Malam Ini



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button