Deanna Yusoff Kongsi Perubahan Dirinya Setelah Menopause
Peminat Puji Kekal Cantik Di Usia 56 Tahun
Deanna Yusoff Kongsi Perubahan Dirinya Setelah Menopause
Macam tak percaya bila melihat gambar ‘update’ terkini Deanna Yusoff, pelakon wanita Malaysia yang popular pada zaman 90an. Kalau anda tak tahu, pada tahun ini Deanna telah memasuki usia 56 tahun namun raut wajahnya tetap cantik seperti remaja.
Menerusi Instagram peribadi, Deanna berkongsi soal kesihatan dan penjagaan kulit kepada peminatnya. Dia menceritakan pengalaman bagaimana kulitnya berubah setelah melalui fasa menopause (putus haid) hingga tahun-tahun berikutnya.
Deanna akui, dia sangat bimbang dengan kulitnya menjadi lebih kering dan kehilangan keanjalan. Penyanyi, model dan emcee ini juga memberitahu dia tertekan sehingga menghidap psoriasis.
“Kulit saya berubah sepenuhnya semasa peri-menopause, menopaus dan tahun-tahun selepasnya. Kekeringan dan kehilangan keanjalan adalah dua kebimbangan utama saya, kulit kusam juga menjadi isu. Saya tidak selesa dengan kulit saya sendiri dan sangat sedar bagaimana ia terlihat. Ia membuatkan saya berasa tertekan dan pada satu ketika, saya juga menghidap psoriasis.
Hasil pencarian kami di google, psoriasis adalah sebuah keadaan di mana kulit mengalami kemerah-merahan, gatal-gatal dan mengalami pengelupasan berbentuk sisik.
Walaubagaimanapun, Deanna mengambil inisiatif membuat penyelidikan sains disebalik fungsi kulit dalam kehidupan ini.
“Untuk membantu menyokong kulit saya dan menangani isu-isu ini, saya mula membuat penjagaan kulit profesional saya sendiri dengan bahan semula jadi dan membuat penyelidikan sains di sebalik fungsi kulit sepanjang kehidupan kita. Ia amat memberangsangkan, memberi saya pengetahuan yang saya perlukan untuk menggunakan bahan-bahan selamat dan berkesan yang boleh dipercayai oleh badan saya. Sesuatu yang kita semua harus lakukan dalam rutin penjagaan kulit kita!”- tulisnya di Instagram.
Tambahnya lagi, perubahan hormon harus seiring dengan penjagaan kulit yang lebih rapi.
“Apabila hormon kita berubah dalam fasa kehidupan ini, begitu juga dengan keperluan kulit kita; mempelajari tentang perubahan tersebut telah membantu saya menjaga keperluan unik kulit saya dengan lebih baik. Saya sangat teruja kerana dapat berkongsi pengetahuan ini dengan orang lain yang mungkin menghadapi masalah yang sama”- ujarnya.
Sekadar info, Deanna yang berdarah kacukan Melayu-Inggeris mula mencapai kejayaan dalam bidang lakonan menerusi watak Mastura lakonannya dalam filem Selubung diikuti watak sebagai Farah Hanum dalam filem Abang 92.
Populariti beiau dalam bidang lakonan mula melonjak naik menerusi drama Idaman yang mencipta sejarah sebagai Drama Melayu Paling Panjang oleh The Malaysia Book Of Records.
Anwar Ibrahim Dan DAP Akan Bermesyuarat Di Ibu Pejabat UMNO Malam Ini
Deanna Yusoff Kongsi Perubahan Dirinya Setelah Menopause
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kecewa dengan politik, 2 MP Umno bakal letak jawatan?
- Berapa Ramai Bakal Kluster Mahkamah Dalam Kabinet Bayangan PN
- Pemilihan Ketua Pemuda, ada yang ‘jual’ nama?
- UMNO Perlu Lakukan Pembersihan Fasa 2
- Kes Rasuah Zeti dan Nazlan “Bisul” negara.
- “Perjanjian Rahsia” antara sebab Ismail Sabri gagal
- Pemilihan UMNO : KUDETA 2.0 sedang diatur
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Anwar Ibrahim Dan DAP Akan Bermesyuarat Di Ibu Pejabat UMNO Malam Ini