Mampukah Saki Baki Kluster Pengkhianat Memecat Presiden & Timb Presiden Selepas Pemilihan UMNO?
Mampukah Saki Baki Kluster Pengkhianat Memecat Presiden & Timb Presiden Selepas Pemilihan UMNO?
Saki baki kluster pengkhianat di dalam UMNO sedang berusaha keras untuk menguasai kesemua jawatan penting UMNO dalam pemilihan UMNO yang akan datang.
Dari 3 jawatan Naib Presiden, Ketua Wanita, Ketua Pergerakan Pemuda, Ketua Puteri sehingga 25 ahli MKT UMNO yang dipilih ingin mereka kuasai.
Dan sudah tentu pemilihan di peringkat cawangan dan bahagian UMNO juga ingin mereka kuasai.
Ini adalah kerana perwakilan di peringkat bahagian yang akan membuat pengundian.
Sekiranya mereka berjaya menguasai 2/3 dari semua jawatan yang dipertandingkan.
Bolehkah mereka memecat presiden dan timb presiden yang ada sekarang?
Menurut Perlembagaan UMNO, satu-satunya badan yang boleh memecat keahlian ahli UMNO adalah ahli MKT UMNO.
Ianya tercatat dengan jelas dalam fasal 10.6 Perlembagaan UMNO.
Baca di sini:
Bolehkah Kluster Pengkhianat Menguasai Pemilihan UMNO?
Jumlah ahli MKT UMNO dari jawatan presiden hingga ahli MKT UMNO yang dilantik dan dipilih, adalah seramai 49 orang.
25 ahli MKT UMNO dipilih oleh perwakilan yang akan mengundi.
Ini tidak termasuk 3 orang Naib Presiden, 1 orang Ketua Wanita, 1 orang Ketua Pemuda dan 1 orang Ketua Puteri UMNO.
Jumlah keseluruhan ahli MKT UMNO yang dipilih adalah seramai 31 orang.
Manakala presiden UMNO mempunyai kuasa untuk melantik 13 orang ahli MKT UMNO.
Ini tidak termasuk untuk jawatan 1 orang Setiausaha Agung, 1 orang Bendahari dan 1 orang Ketua Penerangan UMNO.
Ini bermakna ahli MKT UMNO yang pro kepada presiden dan timb presiden adalah seramai 18 orang.
Ianya termasuk presiden dan timb presiden sendiri.
Sekiranya berlaku pengundian ahli MKT UMNO untuk menyingkirkan presiden dan timb presiden, kluster pengkhianat akan berjaya.
Dengan syarat kesemua jawatan yang dipilih adalah pro kluster pengkhianat.
Persoalannya, apakah presiden dan timbalan presiden langsung tidak mempunyai pengaruh di peringkat akar umbi?
Sekiranya kem presiden dan timb presiden menguasai hanya separuh dari jawatan yang dipilih.
Maka impian kluster pengkhianat akan menjadi angan-angan Mat Jenin.
Segala-galanya terpulang kepada akar umbi UMNO yang akan membuat pengundian.
Sekiranya akar umbi UMNO pentingkan kestabilan parti dan negara, maka team presiden dan timb presiden mesti dikekalkan.
Dan sekiranya mahu parti dan negara sekali lagi dilanda krisis politik, maka pilihlah calon dari kluster pengkhianat.
Mampukah Saki Baki Kluster Pengkhianat Memecat Presiden & Timb Presiden Selepas Pemilihan UMNO?
Di Syorkan Untuk Anda:
- Anwar Ibrahim Dan DAP Akan Bermesyuarat Di Ibu Pejabat UMNO Malam Ini
- Berapa Ramai Bakal Kluster Mahkamah Dalam Kabinet Bayangan PN
- UMNO Perlu Lakukan Pembersihan Fasa 2