Lebih 300,000 terkorban menjelang setahun pencerobohan Russia
Lebih 300,000 terkorban menjelang setahun pencerobohan Russia
PARIS: Pencerobohan Russia ke atas Ukraine sejak 24 Februari lalu mengakibatkan kemusnahan dan malapetaka yang besar dengan lebih 300,000 kematian bagi kedua-dua pihak.
Anggaran dari pihak berkuasa Norway, konflik berdarah itu membunuh kira-kira 180,000 tentera Russia dan 100,000 lagi tentera Ukraine.
Pencerobohan itu juga memusnahkan bandar, tempat-tempat bersejarah dan pelancongan selain menjejaskan ekonomi negara.
Sumber Barat lain menganggarkan perang itu menyebabkan 150,000 terkorban bagi kedua-dua pihak.
Sebagai perbandingan, kira-kira 15,000 tentera Soviet terbunuh dalam satu dekad pertempuran di Afghanistan dari 1979 hingga 1989.
Askar Ukraine sering menggunakan istilah ‘makanan meriam’ yang menggambarkan tentera Russia yang dihantar untuk berada di barisan hadapan di Ukraine.
Mereka (tentera Russia yang terkorban) dianggap tentera kurang terlatih menentang tentera Ukraine yang kuat dan bertekad mempertahankan negara.
Baki yang lain adalah banduan yang direkrut sebagai tentera dari penjara Russia untuk meningkatkan bilangan tentera upahan Russia, Wagner.
Kyiv berkata, selain tentera, sekurang-kurangnya 20,000 orang awam Ukraine terbunuh.
Sumber Barat berkata, secara keseluruhan, kira-kira 30,000 hingga 40,000 orang awam kehilangan nyawa mereka di seluruh negara dalam konflik itu.
Pada akhir Januari lalu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan bahawa 18,000 orang awam terbunuh atau cedera dalam pertempuran itu, tetapi berkata angka sebenar mungkin lebih tinggi.
Pihak berkuasa Ukraine pula berkata, sekurang-kurangnya 400 kanak-kanak terbunuh dalam pencerobohan itu.
PBB berkata, kebanyakan orang awam yang terbunuh semasa pengeboman Russia di Ukraine.
Malah, dalam jangka masa panjang, periuk api juga akan menjadi ancaman besar kepada orang awam.
Kyiv berkata, 30 peratus wilayah Ukraine tercemar manakala Human Rights Watch menuduh tentera Ukraine menanam periuk api di wilayah timur Izyum. -AFP
Lebih 300,000 terkorban menjelang setahun pencerobohan Russia
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Umum rehat politik, Azmin takut kalah