Resepi Kuih Lompang Lembut

Resepi Kuih Lompang Lembut
Resepi Kuih Lompang Lembut
  • Masa Penyediaan: 15 minit,
  • Masa Memasak: 20 minit
  • Jumlah Hidangan: 25 biji kuih

Nak tau bagaimana cara untuk menyediakan kuih lompang yang sedap, lembut gedik-gedik, dan berlesung pipit cantik je, jom ikut cara Che Nom sediakan kuih tradisional melayu ni.

Lompang ni manis rasanya hasil dari gabungan tiga jenis gula, ditambah pula dengan aroma yang harum dan meyelerakan dari daun pandan serta digabungkan dengan kelapa parut yang lemak masin.

Resepi ni tak perlukan bahan yang banyak, cuma ada beberapa tips yang perlu diberi perhatian supaya kita dapat hasilkan kuih lompang yang perfect dari segi texture dan rasa.

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan untuk air gula:
    • 1/4 cawan gula putih
    • 1/2 cawan gula merah
    • 1/2 keping gula nisan (kalau tak letak gula nisan, masuk sukatan gula putih menjadi 1/2 cawan)
    • 2 1/2 cawan air
    • 1 helai daun pandan
  • Bahan-bahan untuk kuih lompang (lain-lain):
    • 1 1/2 cawan tepung beras
    • 1 sudu membukit tepung ubi
    • 1/2 sudu kecil air kapur
    • Sedikit minyak, untuk sapuan pada acuan
  • Bahan-bahan untuk hiasan kelapa:
    • 1/2 biji kelapa parut
    • 1/2 – 1 sudu kecil garam
    • 1 helai daun pandan

Cara Penyediaan:

  1. Masak kesemua bahan untuk air gula. Kacau sehingga gula larut dan mendidih. Tapis dan sejukkan.
  2. Masukkan tepung beras dan tepung ubi ke dalam mangkuk. Tuang air gula dan air kapur dan kacau sebati. Setelah sebati, tapis adunan supaya dapat pastikan tak ada ketulan yang tertingggal.
  3. Sapu acuan lompang dengan sedikit minyak. Susun dalam tray dan kukus acuan kosong selama 5 minit.
  4. Setelah kukus, tuang adunan lompang sehingga ¾ penuh. Kukus kembali selama 15-20 minit. Setelah kuih lompang masak keluarkan dari periuk kukusan dan sejukkan. Jangan keluarkan dari acuan ketika panas.
  5. Sementara menunggu, gaul sekata bahan hiasan atas iaitu kelapa parut, garam dan daun pandan. Kukus selama 5 minit. Hias atas kuih lompang.

Tip:

  • Tujuan kita kukuskan dulu acuan selama 5 minit ialah supaya kuih lompang menjadi ‘lesung pipit di tengahnya nanti bila dikukus
  • Air kapur berfungsi sebagai bahan untuk menjadikan tepung lebih kenyal apabila dikukus nanti.

SAMBAL UDANG TERUNG PIPIT



Resepi Kuih Lompang Lembut

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Rakyat teruja bila dengar SPRM panggil Daim beri keterangan.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button