Penjenayah letupkan dua mesin ATM

Penjenayah letupkan dua mesin ATM

Penjenayah letupkan dua mesin ATM
ANGGOTA polis menjalankan siasatan kes letupan itu di sebuah bank di Setia Alam, Selangor, awal pagi tadi. – UTUSAN/ ISKANDAR SHAH MOHAMED

SHAH ALAM: Dua mesin pengeluaran wang automatik (ATM) diletupkan penjenayah di sebuah bank di Setia Alam di sini, awal pagi tadi.

Kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira pukul 6 pagi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan kejadian itu dan berkata, siasatan lanjut masih dijalankan pihaknya di lokasi kejadian.



“Ada berlaku kejadian mesin ATM diletupkan penjenayah di Setia Alam.

“Namun, siasatan lanjut sedang dijalankan dan perkembangan akan dimaklumkan nanti,” katanya hari ini.

Tinjauan pemberita mendapati sepasukan polis termasuk Unit Anjing Pengesan (K9) dan Unit Pemusnah Bom turut berada di lokasi berkenaan.

Kawasan premis perniagaan itu ditutupi garisan polis bagi proses siasatan lanjut. – UTUSAN



Siapalah bom mesin penapis air?

 

Penjenayah letupkan dua mesin ATM



DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :




Letak jawatan tidak jadikan Wan Saiful ‘bersih’

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading