Kanak-kanak perempuan korban selesema burung di Kemboja
Kanak-kanak perempuan korban selesema burung di Kemboja
PNOM PENH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun di Kemboja meninggal dunia akibat kes selesema burung pertama melibatkan manusia dalam tempoh sembilan tahun di negara itu.
Pihak berkuasa kesihatan mengesahkan kanak-kanak perempuan dari wilayah pedalaman Prey Veng itu disahkan menghidap virus H5N1 Rabu lalu.
Kanak-kanak itu jatuh sakit hampir seminggu dengan gejala demam panas, batuk dan sakit tekak.
Kementerian Kesihatan Kemboja berkata, bapanya juga turut diuji positif virus berkenaan.
Gadis itu dibawa dari kampungnya ke hospital kanak-kanak di ibu kota Phnom Penh tetapi meninggal dunia sejurus selepas didiagnosis.
Pegawai kesihatan mengumpul sampel beberapa burung dan ayam yang mati dari kawasan berhampiran perkampungan gadis itu dan memberi amaran kepada penduduk supaya tidak menyentuh haiwan berkenaan.
Menteri Kesihatan, Mam Bunheng berkata, kali terakhir Kemboja merekodkan kes selesema burung pada tahun 2014 melibatkan 56 kes jangkitan H5N1 pada manusia dengan 37 daripadanya membawa maut.
Kes selesema burung pada manusia jarang berlaku kerana manusia tidak mempunyai reseptor di tekak, hidung dan saluran pernafasan atas yang terdedah kepada ketegangan virus semasa namun mereka yang bekerja dengan unggas yang mempunyai penyakit itu berisiko lebih tinggi untuk turut dijangkiti.
Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) merekodkan lapan kes jangkitan H5N1 manusia sejak 2021, termasuk di China, India, Sepanyol, United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS).-AGENSI
Salam RM92.5 Bilion: Lapuran Audit Dedahkan Lagi Skandal Kerajaan PN Best
Kanak-kanak perempuan korban selesema burung di Kemboja
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Adakah Muhyiddin Akan Letak Jawatan Presiden PPBM & Pengerusi PN Jika Di Dakwa?
- Dr Akmal Saleh ; calon Ketua Pemuda Umno
- Wan Rosdy tanding Naib Presiden Umno
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Salam RM92.5 Bilion: Lapuran Audit Dedahkan Lagi Skandal Kerajaan PN Best