‘Nasib Perodua Kancil ditemui selepas tujuh tahun dicuri’

‘Nasib Perodua Kancil ditemui selepas tujuh tahun dicuri’

'Nasib Perodua Kancil ditemui selepas tujuh tahun dicuri'
Ketua Polis Dearah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid menunjukkan sebahagian daripada komponen kenderaan yang ditemui pagi ini.

PETALING JAYA: Ibarat jerat tidak pernah lupakan pelanduk. Selepas hampir tujuh tahun, polis akhirnya berjaya menyelesaikan satu kes curi kereta yang berlaku pada 2017 dengan penahanan seorang lelaki di sebuah kediaman dekat Jalan Wawasan, Pusat Bandar Puchong di sini pada 1 Mac lalu.

Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata suspek, seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun ditangkap dalam serbuan dijalankan pada jam 5.30 petang itu.

“Hasil serbuan, polis merampas empat kenderaan lama iaitu dua Proton Wira, dan masing-masing sebuah Proton Perdana dan Proton Saga yang ditemui di belakang rumah suspek.



“Pemeriksaan terhadap sebuah daripada Proton Wira mendapati dapati kenderaan itu dilaporkan hilang di daerah Serdang.

“Pemeriksaan ke atas tiga kenderaan yang lain mendapati kesemua nombor casis serta enjin tidak sempurna dan sudah diganggu,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata, hasil soal siasat, suspek mengaku mencuri serta menyembunyikan sebuah kenderaan lama jenis Perodua Kancil yang dicuri pada 2017 di kawasan Sungai Way, Petaling Jaya.

“Susulan itu, kira-kira jam 7.45 malam hari sama, sepasukan polis dipandu arah oleh suspek ke tempat parkir kereta Apartment Sri Subang di sini dan menemui Perodua Kancil yang berada dalam keadaan tidak sempurna ditinggalkan di situ.




DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Hasil pemeriksaan dan semakan terhadap nombor casis dan enjin, mendapati ia kereta yang dilaporkan hilang di daerah ini pada 19 Jun 2017 milik seorang wanita yang pada hari kejadian, berusia 39 tahun,” katanya.

Menurut Mohamad Fakhrudin, semakan mendapati suspek mempunyai 26 rekod lampau berkait kes jenayah curi kenderaan serta dadah.

Katanya, suspek direman sehingga semalam dan sudah mendapat arahan untuk dituduh di mahkamah mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan kerana memiliki barang curi.

Dalam kes berasingan, Mohamad Fakhrudin berkata polis berjaya menahan seorang lelaki yang disyaki mencuri kenderaan lama dan terbiar di tempat parkir kenderaan di sekitar daerah ini, Sabtu lalu.



Katanya, suspek ditahan sepasukan polis Cawangan D4 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, kira-kira jam 12.30 tengah hari di tempat parkir lori berhampiran Taman Medan di sini.

“Suspek berusia 33 tahun ditahan ketika dia sedang mengangkat beberapa komponen kenderaan ke dalam sebuah lori.

“Kita turut merampas sebuah lori jenis Mitsubishi serta beberapa peralatan untuk memotong komponen kenderaan termasuk beberapa komponen kenderaan yang sudah dileraikan,” katanya.

Katanya, modus operandi suspek adalah memotong serta meleraikan kenderaan jenis lama yang ditinggalkan terlalu lama di kawasan Taman Medan sebelum komponennya dijual semula.



“Semakan mendapati suspek mempunyai enam rekod lampau berkaitan dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil 1955.

“Sepanjang Januari hingga Februari lalu, sebanyak 10 laporan polis diterima berkaitan kes hilang kenderaan lama yang di parkir di tempat awam,” katanya.

Jam tangan mewah Leclerc dicuri



‘Nasib Perodua Kancil ditemui selepas tujuh tahun dicuri’


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Anwar Ingatkan Hadi Awang Supaya Tidak Memperlekehkan Titah Raja



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button