Doktor kongsi 9 makanan harian bantu sembuhkan demam dengan cepat, sup ayam salah satu daripadanya
Doktor kongsi 9 makanan harian bantu sembuhkan demam dengan cepat, sup ayam salah satu daripadanya
NEGARA kini sedang melalui fasa peralihan cuaca dari musim hujan ke musim panas.
Perubahan mengejut ini boleh membuatkan badan anda mudah terdedah kepada penyakit seperti selesema dan demam.
Ini kerana imunisasi badan yang sedang tidak stabil membolehkan virus dari luar mudah untuk ‘menceroboh’ masuk dan melakukan kerosakan.
Namun begitu, jangan biarkan demam menghalang rutin dan aktiviti harian anda!
Pengasas For Him Clinic, Dr Ahmad Samhan Awang ada mengemukakan beberapa jenis makanan yang boleh diambil untuk menyembuhkan demam dengan segera.
Ayuh kita lihat dan cuba amalkan jika terkena penyakit ini.
1) Teh
Tahu atau tidak bahawa teh boleh melegakan hidung jika terkena selesema.
2) Jus sayur
Jus sayur boleh meningkatkan daya tahan badan kita.
3) Bawang putih
Bawang putih boleh membantu untuk melegakan batuk anda.
4) Pisang
Pisang sangat baik untuk melawaskan perut yang tidak selesa ketika demam.
5) Sup ayam
Sup ayam boleh menghidratkan dan mengandungi nutrisi.
6) Roti bakar
Roti bakar sangat mudah untuk dicerna.
7) Ais krim
Sejuk dan boleh melegakan tekak yang sedang panas dan pedih.
8) Yogurt
Sebenarnya ais krim dan yogurt boleh menenangkan tekak anda.
9) Halia
Halia boleh mengurangkan rasa loya atau muntah.
Namun begitu, jika masalah kesihatan anda masih berterusan selepas mengamalkan langkah-langkah berikut, segera dapatkan rawatan daripada doktor bertauliah di klinik atau hospital. – Dr Ahmad Samhan Awang
Doktor kongsi 9 makanan harian bantu sembuhkan demam dengan cepat, sup ayam salah satu daripadanya
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mesej Dari Langit Kepada Pentaksub Pemimpin Zalim
- Shahril Hamdan Persoal Lantikan Dr Asyraf Sebagai Pengerusi MARA
- Skandal Jana Wibawa: SPRM Berjaya Jejaki ‘Datuk Roy’
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :