Bot karam, 3 nelayan selamat
Bot karam, 3 nelayan selamat
LABUAN: Tiga nelayan berdepan detik cemas selepas bot dinaiki mereka karam akibat bocor dan cuaca buruk di perairan Tanjung Kubong, di sini semalam.
Bagaimanapun, semua mereka yang berusia lingkungan 20 hingga 35 tahun bernasib baik apabila diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Labuan dan nelayan tempatan.
Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Labuan Nudin Jusoh, berkata sejurus Pusat Operasi Zon Maritim Labuan menerima laporan berkaitan kejadian berkenaan, dua aset Maritim Malaysia diatur gerakan ke lokasi.
“Dua aset Maritim Malaysia iaitu Kapal Maritim (KM) Lahad Datu dan bot ronda yang sedang dalam rondaan Op Sejahtera diatur gerak ke lokasi untuk memberi bantuan kecemasan.
Menurutnya, semua mangsa dibawa ke Jeti Zon Maritim Labuan untuk rawatan dan tindakan selanjutnya.
Bot karam, 3 nelayan selamat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bank Ketiga Amerika Runtuh, Saham Bank Utama Dunia Jatuh Tapi Gabenor BNM Kata Ekonomi Malaysia Kukuh
- Mahathir mahu tunggang GTA – GTA akan tunggang PN
- Wave “GELABAH” tidak akan menjadi kerana tiada ketulenen
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :