Mekanik maut jengkaut yang diuji pandu tergelincir, terbalik

Mekanik maut jengkaut yang diuji pandu tergelincir, terbalik

Mekanik maut jengkaut yang diuji pandu tergelincir, terbalik
Keadaan jengkaut yang dipandu uji oleh Raja Aznanazran Raja Azhar, tergelincir dan terbalik dalam kawasan Ladang FGV 1 petang tadi

 

SETIU: Seorang mekanik jentera berat maut, apabila jengkaut yang dipandunya tergelincir dan terbalik dalam kawasan Ladang FGV 1 di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pada jam 3 petang itu, mangsa Raja Aznanazran Raja Azhar, 19, maut di tempat kejadian.



Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin, berkata siasatan awal mendapati mangsa sedang menguji jengkaut berkenaan.

Beliau berkata, jengkaut berantai yang tidak mempunyai nombor pendaftaran itu dikatakan baru siap dibaiki dan mangsa menguji dalam kawasan ladang terbabit.

“Ketika mangsa yang tinggal di Jalan Besar Kampung Saujana Setiu, Bandar Permaisuri menguji jengkaut itu tiba-tiba tergelincir lalu terbalik.

“Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.



Afandi berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk tindakan lanjutnya.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Sukar cari mangsa tertimbus kerana batu besar



Mekanik maut jengkaut yang diuji pandu tergelincir, terbalik


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mahathir mahu “Hijack” Perikatan Nasional pula

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button