Mahathir perlukan orang Melayu, orang Melayu tidak perlukan Mahathir lagi.
Oleh Adam Malik
Susah payah Mahathir cuba yakinkan orang Melayu supaya ‘rally’ dibelakang nya untuk tujuan Proklamasi Melayu.
Kenyataan terbaru Mahathir :-
“Saya menyertai usaha untuk menyedar orang Melayu akan masalah mereka dengan pelancaran proklamasi Melayu”– Mahathir’
Namun, Mahathir masih belum sedar mesej yang diberi oleh orang Melayu kepada nya ketika Pilihanraya ke14.
Mesej dan signal jelas adalah Orang Melayu tidak perlukan Mahathir lagi.
Kehilangan deposit oleh parti Mahathir sepatut nya sangat jelas dan terang, tapi akibat Mahathir terlalu terdesak mahukan sokongan orang Melayu demi kepentingan nya , maka Mahathir pura pura buat bodoh.
Konon konon Mahahthir menyalahkan dirinya ditumbangkan lalu tidak sempat untuk melaksana kan agenda Melayu.
Sedangkan satu negara melihat Mahathir sendiri yang tumbangkan dirinya sendiri dengan menyerah jawatan Perdana Menteri ke Istana negara.
Sambil itu ketika mendapat jawatan Perdana Menteri pun Mahathir tidak ada kenyataan langsung berkenaan orang Melayu atau apa apa yang Melayu kerana kerajaan Mahathir didominasi oleh DAP.
Itu lah bohong Mahathir tidak pernah berhenti walau sesaat.
Dalam Mahathir kata beliau tidak sempat laksana agenda Melayu sudah ditumbangkan . apa yang sempat dilakukan ada lah menzalimi orang Melayu dengan menyindir mereka sebagai pemalas dan enggan memohon maaf kepada mereka.
Mahathir juga menyuruh orang Melayu dan rakyat supaya jangan mengharap apa apa bantuan dari kerajaan.
Selain menyuruh rakyat ikat perut Mahathir sempat menjarah PETRONAS dan menjual aset.
Agenda Melayu apa yang Mahathir maksudkan ketika DAP mendominasi kerajaan nya?
Jika Mahathir menyatakan beliau tidak sempat melaksana agenda Melayu setelah umumkan nya, maka a boleh juga diambil kira, namun tiada langsung “blue print” atau kertas kerja mengenai orang Melayu di umumkan ketika menjadi Perdana Menteri.
Orang melayu mendapat elaun sebagai ‘front liner’ pun Mahathir yang kritik dan tidak setuju.
Agenda Melayu hanya auta Mahathir semata mata.
Apa yang dapat dilihat pada 22 bulan pemerintahan hanya kegelojohan menukar terma projek ECRL , menjual aset negara sebanyak boleh dan mencipta berpuluh puluh kes terhadap pemimpin Melayu UMNO.
Itu Mahathir sempat.
Juga menambah hutang baru negara dengan berulang alik ke Jepun.
Maka , henti lah Mahathir , jika terus mahu berbohong kepada orang melayu .
Melayu tidak perlukan Mahathir.
Jika melayu hendak bersatu atau Melayu terancam, bukan Mahathir yang layak memimpin mereka.
Malay had enough of Mahathir.
Sebalik nya Melayu rasa terancam ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri kali kedua selama 22 bulan.
Sandiwara cuba beri gambaran Melayu berada didalam ancaman sudah tidak laku lagi.
Menyatakan melayu bertambah susah sebaik diri nya tidak menjadi Perdana Menteri hanya kenyataan syiok sendiri sahaja.
Apa yang nyata , Mahathir yang perlukan melayu kerana orang bukan melayu sudah kena tipu dengan Mahathir kerana janji menjadi PM hanya dua tahun sahaja telah tidak ditepati dan mereka tidak percaya kepada Mahathir lagi.
Harapan Mahathir untuk selamatkan diri hanya orang melayu dengan andaian konon mereka terancam dan perlukan ‘saviour’ dan “knight in the shining armour’ seperti Mahathir untuk selamatkan.