Tidak perlu ORS ketika berpuasa

Tidak perlu ORS ketika berpuasa

Tidak perlu ORS ketika berpuasa
ORS dikhaskan untuk orang yang mengalami cirit-birit, loya dan muntah.-AGENSI

JAKARTA: Kementerian Kesihatan meminta orang ramai tidak membuat pembelian panik larutan air garam (ORS) yang tular di media sosial kerana dikatakan berkesan menahan dahaga dan rasa letih ketika berpuasa.

Ketua Biro Komunikasi dan Khidmat Masyarakat Kementerian Kesihatan, Siti Nadia Tarmizi bimbang farmasi yang menyediakan ORS untuk golongan memerlukan seperti pesakit cirit-birit akan mengalami masalah kehabisan stok.

“Jadi tidak perlu panik membeli. Tidak perlu menyimpan ORS kerana ia dikhaskan untuk orang yang mengalami cirit-birit, loya dan muntah, bermakna dehidrasi berlaku. Tidak ada dehidrasi bagi orang yang berpuasa,” kata Siti Nadia ketika dihubungi CNN Indonesia.



Siti Nadia turut mengingatkan, berpuasa di bulan Ramadan tidak menjejaskan atau memburukkan kesihatan, sebaliknya hanya mengubah corak pemakanan sahaja.

“Terdapat kajian mengenai amalan berpuasa jadi mereka yang sihat tidak perlu terlalu risau,” katanya.

Sementara itu, Pakar Perubatan Dalaman, Dasril Nizam berkata, tidak salah mengambil ORS pada waktu sahur.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, dua gelas air kosong ketika bersahur sudah mencukupi untuk memenuhi keperluan cecair tubuh ketika berpuasa.



“Secara amnya, pada bulan puasa, jika anda mengambil ORS, ia sebenarnya bukan keperluan utama, sebaliknya hanya sebagai makanan tambahan sahaja. ORS boleh diambil jika semasa aktiviti sebelum ini anda kekurangan cecair,” katanya.

Dasril menyarankan mereka yang berpuasa supaya mengambil air kosong yang mencukupi bersama makanan yang mengandungi karbohidrat, protein, serat dan vitamin ketika bersahur.

Orang ramai buat persediaan sambut Ramadan



Tidak perlu ORS ketika berpuasa


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tiada Perdana Menteri yang Mahathir tidak bergaduh



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button