MB Kedah Menipu Lagi
MB Kedah Menipu Lagi
Dalam 2 kenyataan yang berlainan, MB Kedah, Sanusi Md Nor, menuduh kerajaan pusat bersikap dwi standard terhadap kerajaan negeri yang ditadbir oleh pembangkang.
Pada 29 Mac yang lepas, Sanusi mendakwa beliau kononnya dilarang untuk menghadiri Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA).
Baca di sini:
https://www.malaysiakini.com/news/660450
Dakwaan Sanusi dilarang untuk menghadiri LIMA disanggah oleh Timbalan Perdana Menteri, DS Zahid Hamidi.
“Saya tidak pernah mendengar adanya arahan untuk beliau (tidak boleh) menghadiri mana-mana majlis rasmi anjuran kerajaan persekutuan”.
“Melainkan jika arahan itu dikeluarkan kepada beliau secara peribadi, saya tidak mengetahui mengenai perkara itu”.
Malah DS Zahid mencabar Sanusi untuk menunjukkan surat arahan atau pekeliling yang beliau katakan.
“Kalau dakwaan itu benar, mungkin beliau boleh menyebarkan arahan atau pekeliling melarang beliau menghadiri mana-mana majlis kerajaan pusat,” tegas DS Zahid.
Baca di sini:
https://www.malaysiakini.com/news/660607
Sehari selepas itu, beliau sekali lagi membuat kenyataan, kononnya sewaan sebuah premis bawah seliaan Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan ditarik balik.
Menurut beliau, kerajaan negeri menyewa permis tersebut untuk acara buka puasa bersama anak-anak Kedah di perantauan.
Sanusi berkata program itu sepatutnya berlangsung pada 9 April ini di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.
“Kelulusan Dewan A MAEPS Serdang, Selangor di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan pula ditarik balik”.
“Kami nak buat majlis berbuka puasa saja pun”.
“Dewan tu pun kerajaan Kedah akan bayar sewa, awat la (kenapalah) sampai lagu tu (macam tu)?,” soal Sanusi.
Baca di sini:
https://www.malaysiakini.com/news/660540
Shahidan Terdiam Bila Speaker Soal Kesahihan Kenyataan Beliau
Lebih menarik, isu tersebut di bawa ke parlimen oleh ahli parlimen Kangar dari PAS, Shahidan Kasim.
Shahidan mempersoalkan mengapa menteri besar yang dilantik secara sah, dilarang menghadiri majlis di negerinya sendiri.
“Dia tidak boleh menyewa venue di negeri lain”.
“Saya tidak tahu bagaimana lagi dia (Sanusi) boleh menyewa (venue) untuk mengadakan acara”.
“Kenapa ini terjadi?,” soal Shahidan.
Namun apabila speaker parlimen, Johari Abdul menyoal Shahidan mengenai kesahihan kenyataan itu, beliau membisu.
“Adakah anda mempunyai bukti bahawa kerajaan mengeluarkan arahan untuk menghalang MB Kedah daripada menyertai mana-mana program? “.
“Tidak betul?”.
“Anda hanya bersandarkan (dakwaan) kepada laporan berita,” tegas Johari.
Mohammad Sabu Pula Dedahkan Penipuan Sanusi
Sekali lagi penipuan Sanusi terbongkar apabila menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu mendedahkan perkara sebenar.
Mohamad Sabu menjelaskan, pihak pengurusan dewan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) belum mengeluarkan sebarang surat persetujuan menerima tempahan berkenaan.
“Sebut harga pun belum keluar”.
Bagaimana Sanusi dan PAS boleh menyebarkan poster mengenai majlis berbuka puasa berkenaan sebelum lokasinya disahkan?”.
“Biasanya kalau dah pasti baru kongsi,” kata Mohamad Sabu.
Baca di sini:
https://www.malaysiakini.com/news/660607
Penulis merasa hairan, bagaimana seorang pemimpin kanan dari parti politik yang kononnya berpaksikan ajaran Islam boleh menipu, lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan.
Penipuan Sanusi juga boleh dikategorikan sebagai fitnah berskala mega ke atas pemimpin kerajaan pusat.
Adakah penipuan dan fitnah adalah satu amalan yang disuruh oleh agama Islam?
Atau PAS ada mazhab baharu yang menghalalkan perbuatan menipu dan memfitnah?
MB Kedah Menipu Lagi
Di Syorkan Untuk Anda:
- Tengku Maimun Dalam Dilema?
- Hari Penentuan Integriti Dan Kebebasan Sebenar Badan Kehakiman Sudah Tiba
- Jangan Terperangkap Dengan Propaganda PN Berkaitan Isu Lawatan PM Ke Arab Saudi
- DS Abdul Rauf Ketua Menteri Melaka Baru