Ten Hag ‘ajar’ pemain bintang lewat hadir mesyuarat

LONDON: Erik Ten Hag dilaporkan menggugurkan bintang Manchester United daripada perancangannya dalam jelajah pramusim kelab itu selepas dua kali hadir lewat ke mesyuarat pasukan.

Pengendali dari Belanda itu memulakan tugas yang mengagumkan di United dengan rekod yang hampir sempurna dalam jelajah 18 hari mereka di Thailand dan Australia ketika pramusim.

Barisan pemain tampak mula memahami pendekatan tegasnya selepas seorang pemain dijadikan contoh semasa jelajah itu.



Ketua jurulatih baharu United itu memperkenalkan peraturan mengenai ketepatan masa, pemakanan dan larang minum alkohol selepas memulakan tugas pada musim panas ini.

Semasa jelajah itu, seorang pemain yang tidak dinamakan dua kali lewat hadir ke mesyuarat pasukan.

Walaupun menjadi sebahagian daripada perancangan Ten Hag untuk perlawanan persahabatan di Australia, pemain berkenaan digugurkan sebagai hukuman, menurut The Athletic.

Bekas bos Ajax itu sebelum ini berikrar bahawa dia akan bertegas mengenai disiplin dalam skuad Red Devils.



“Apabila anda ingin mendapatkan keputusan yang bagus, anda memerlukan satu pasukan,” katanya. “Ia satu organisasi, kerjasama dan juga anda memerlukan disiplin.

“Apabila tiada disiplin di sekeliling, anda juga tidak akan menemui perkara itu di atas padang. Saya agak tegas dalam isu sebegini. Saya akan memberitahu setiap pemain apa yang saya harapkan daripada mereka.

“Saya mempunyai standard yang tinggi kerana anda berada di sini, anda bermain untuk Manchester United, jadi anda mesti membawanya setiap hari di atas padang.

“Saya rasa kami melakukannya dengan baik. Pemain bertindak balas dengan baik terhadap tuntutan kami. Saya menetapkan beberapa standard, kami memperkenalkan cara kami bermain dan saya berpuas hati,” katanya.



AGENSI


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading