Banjir Pahang ibarat lautan ‘teh tarik’

Penduduk sekitar menggunakan bot untuk meninjau keadaan rumah
yang tenggelam banjir berikutan limpahan air Sungai Pahang di sekitar sekitar Kuala Krau.
– NSTP/Farizul Hafiz Awang

KUANTAN: Ibarat lautan ‘teh tarik’ itulah gambaran beberapa daerah di Pahang selepas negeri ini dilanda banjir sejak Ahad lalu.

Banjir besar yang melanda negeri itu sejak minggu lalu menenggelamkan sebahagian besar penempatan penduduk dengan air naik melepasi paras bumbung bangunan.

Tinjauan BERNAMA bersama Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) baru-baru ini mendapati landskap di beberapa pekan utama di negeri itu berubah seperti air sungai yang keruh berwarna lumpur.



Penduduk sekitar menggunakan bot untuk meninjau keadaan rumah yang tenggelam banjir berikutan limpahan air Sungai Pahang di sekitar sekitar Kuala Krau. - NSTP/Farizul Hafiz Awang

Penduduk sekitar menggunakan bot untuk meninjau keadaan rumah yang tenggelam banjir berikutan limpahan air Sungai Pahang di sekitar sekitar Kuala Krau. – NSTP/Farizul Hafiz Awang 

Juruterbang JBPM Penguasa Kanan Bomba 1 Sofian Ahmed @ Ibrahim, berkata situasi itu menjadi cabaran buat pasukannya untuk membantu dan mengesan mangsa dari udara yang terjejas akibat banjir.

“Misi kali ini kami perlu peka dan fokus keadaan sekeliling kerana mangsa selalunya akan mencari tempat yang tinggi dan selamat seperti berpaut pada pokok dan tiang supaya tidak dihanyutkan.

“Jika pasukan udara mengesan mangsa, kami akan memaklumkan kepada pusat kawalan supaya pasukan di lapangan dapat mengambil mereka menggunakan bot,” katanya.



Pemandangan udara menunjukkan sebahagian kawasan Nenasi dan paras air di Sungai Pekan dirakam ketika tinjauan. - Foto BERNAMA

Pemandangan udara menunjukkan sebahagian kawasan Nenasi dan paras air di Sungai Pekan dirakam ketika tinjauan. – Foto BERNAMA

 

Terdahulu, Sofian mengemudi helikopter AgustaWestland AW139 dengan dibantu juruterbang kedua, Penguasa Bomba Faridullahamin Mohd Amin bersama tiga kru penerbangan membuat tinjauan udara di beberapa daerah di Pahang antaranya Temerloh, Lipis, Rompin dan Maran sejak petang kelmarin (Khamis).

Menurut Soffian, selain memantau keadaan semasa, JBPM juga melaksanakan beberapa misi penerbangan ihsan untuk membawa pesakit yang terperangkap ke hospital selepas jalan utama dinaiki air banjir.



“Sekurang-kurangnya lima penerbangan ihsan dilakukan setiap hari bergantung kepada keadaan cuaca,” tambahnya.

Penduduk Kampung Serambi mendayung sampan ketika meninggalkan Masjid Al-Sakinah selepas tidak dapat menunaikan solat Jumaat, semalam. - Foto BERNAMA

Penduduk Kampung Serambi mendayung sampan ketika meninggalkan Masjid Al-Sakinah selepas tidak dapat menunaikan solat Jumaat, semalam. – Foto BERNAMA

 

Sementara itu, BERNAMA yang mengikuti tinjauan udara itu turut merasai kepayahan dan kesungguhan anggota penyelamat berkenaan dalam memastikan keselamatan mangsa banjir sentiasa diutamakan.



Mereka sanggup bersengkang mata siang dan malam, meninggalkan keluarga malah tiada sedikit pun keluh-kesah yang terpacul demi menabur bakti kepada masyarakat setempat.

Setakat malam tadi, jumlah mangsa banjir di Pahang mencatatkan penurunan kepada 26,075 orang berbanding 27,090 orang petang semalam yang ditempatkan di 284 pusat pemindahan di sembilan daerah, dengan Temerloh menjadi daerah paling teruk terjejas banjir. – BERNAMA




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading