Bung Moktar Mesti Hormati Arahan Presiden UMNO

Bung Moktar Mesti Hormati Arahan Presiden UMNO

Bung Moktar Mesti Hormati Arahan Presiden UMNO

Di bawah pentadbiran presiden UMNO sekarang, DS Zahid Hamidi, UMNO Sabah diberikan kuasa autonomi untuk menentukan halatuju UMNO Sabah.

Namun begitu, kuasa autonomi yang diberikan oleh UMNO pusat bukanlah berarti UMNO Sabah yang diterajui oleh Bung Moktar bebas melakukan sesuka hati.



Dalam beberapa perkara dasar yang telah ditetapkan oleh UMNO pusat, UMNO Sabah masih tertakluk untuk akur.

Dalam kunjungan DS Zahid ke Sabah, secara jelas DS Zahid telah mengeluarkan arahan supaya UMNO Sabah mengekalkan hubungan dengan GRS.

DS Zahid juga menyeru supaya UMNO Sabah tidak mengguris hati rakan kerajaan perpaduan di Sabah.

Beliau juga meminta supaya Bung Moktar bersabar sehingga PRN Sabah diadakan.



Baca di sini:

https://sabahkini2.org/en/news/5452/kekal-hubungan-dengan-kerajaan-grs-zahid-minta-umno-sabah-jangan-guris-hati-rakan-kerajaan-perpaduan/view

Bagaimana pun, 3 hari selepas DS Zahid mengeluarkan arahan, Bung Moktar menafikan UMNO Sabah kembali menyokong GRS.

Alasan yang diberikan adalah pemberhentian lantikan politik penjawat awam dari UMNO, masih dikekalkan.



Baca di sini:

https://www.astroawani.com/berita-politik/bung-moktar-nafi-keluarkan-kenyataan-menyokong-kerajaan-grs-415050

Apakah Bung Moktar lupa, apa puncanya lantikan politik penjawat awam dari UMNO itu diberhentikan?

Bung Moktar juga membayangkan akan bekerjasama dengan Parti Warisan dalam PRN Sabah nanti.



Penulis juga difahamkan, hasrat Bung Moktar itu ditentang oleh Timb Pengerusi BN Sabah, Abdul Rahman Dahlan dan beberapa Ketua Bahagian UMNO di Sabah.

Sekiranya Bung Moktar masih terus cuba menimbulkan kemelut politik di Sabah, mungkin sudah tiba masanya kepimpinan pusat menyemak kembali jawatan beliau sebagai Ketua UMNO Sabah.

Kita tidak mahu hanya kerana seekor kerbau membawa lumpuh, akhirnya semua terpalit.

 



Bung Moktar Mesti Hormati Arahan Presiden UMNO

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading