Harrison lebih layak dari Azmin untuk calon bakal MB Selangor?

Oleh – Bakhtiar Omar


Harrison lebih layak dari Azmin untuk calon bakal MB Selangor?
Harrison Hassan

Calon DUN N12 Jeram, Datuk Harrison Hassan jauh lebih layak dari Azmin Ali untuk dijadikan calon bakal MB Selangor selepas PRN berlangsung.

Harrison menawarkan pembaharuan bukan sahaja di DUN Jeram yang mempunyai hampir setengah juta penduduk dengan lebih 36,000 pengundi malah di seluruh Selangor.



Berbanding dengan Azmin Ali yang dilihat masih cuba berkubu di bawah Parlimen Gombak, Harrison jauh lebih berani bertindak dalam politik.

Meninggalkan Umno dalam jangka waktu singkat dan terus diberikan kepercayaan untuk menjadi calon DUN adalah satu bonus untuk Harisson yang tidak perlu menunggu atau menjadi ahli BERSATU lebih 2 tahun sebelum diberikan peluang bertanding.

Harrison lebih layak dari Azmin untuk calon bakal MB Selangor?
Azmin Ali

Beliau berjanji akan membawa perubahan yang drastik di Selangor melebihi kerajaan terdahulu kerana pelaksanaan perubahan yang dibawa dahulu agak lewat dan mempunyai kecacatan.

Untuk rekod, Harrison sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Bahagian Umno Sg Buloh. Harrison pernah menjadi Pegawai Khas Menteri KDN 2009-2013 dan Setiausaha Sulit Menteri Pertahanan dari tahun 2013-2014.



Bagaimanapun, laporan oleh CORPORAT SECRET agak mengejutkan apabila nama Harrison berada dalam siasatan SPRM.

Menurut sumber ketika siasatan dan reman Harrison oleh SPRM, Harrison membuat pengakuan beliau membayar rasuah RM3 juta kepada Datuk Seri Hishammudin sebagai komisen kepada projek itu. Bakinya adalah miliknya dan beberapa pegawai lain. Sumber dana ialah daripada pembelian RM5.5 juta oleh Destini Berhad. – Skandal rasuah Harrison

Laporan tersebut secara terperinci menjelaskan penglibatan Harrisson dalam skandal yang agak mengejutkan semua pihak namun hasil siasatan tidak diketahui.

Agak pelik sekiranya Perikatan Nasional memberi laluan mudah kepada Harrison sedangkan mereka tahu mengenai perkara yang tersebut. Adakah memang disengajakan atau sudah ketandusan calon dari BERSATU?



Harrison lebih layak dari Azmin untuk calon bakal MB Selangor?
Suntingan dari CORPORAT SECRET

Bagi rakyat Selangor, untuk menerima kembali Azmin Ali di kerusi MB Selangor tidaklah semudah yang dirancang. Sudah pasti mereka masih ingat bagaimana Che’gu Bard menyelongkar skandal berkaitan pemerintahan Azmin di Selangor satu ketika dahulu. 

Kini, Che’gu Bard merupakan antara ‘penyokong kuat’ Azmin Ali dan tidak lagi menyentuh skandal yang pernah dikemukakan.

Sukar untuk Azmin menyaingi ‘muka baru’ seperti Harrison Hassan yang nampak lebih berkaliber untuk dipertimbangkan sebagai calon MB Selangor.

 



 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button