10X Bina Bisnes Berjaya bakal cipta fenomena kebangkitan PKS

10X Bina Bisnes Berjaya bakal cipta fenomena kebangkitan PKS

10X Bina Bisnes Berjaya bakal cipta fenomena kebangkitan PKS
10X Bina Bisnes Berjaya dijadualkan berlangsung selama dua hari pada 2 dan 3 September 2023 – Foto RICHWORKS.

MUTAKHIR ini, ramai usahawan dilihat tidak lagi mampu mempertahankan perniagaan sebaliknya memilih untuk menghentikan operasi bagi mengelak lebih banyak kerugian.

Dengan rekod jualan yang terus merudum, ditambah peningkatan kos perbelanjaan harian yang terpaksa ditanggung, peniaga bagaikan hilang arah tuju dan menemui jalan buntu.

Perkara itu diakui Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman ketika mengetengahkan isu polikrisis yang menekan usahawan khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS).



“Walaupun ada pihak menafikan semua krisis ini, tetapi saya yakin golongan peniaga sendiri sedar kerana mereka sedang menghadapinya.

“Ramai berdepan masalah jualan dan PKS tidak boleh biarkan masalah ini berterusan kerana mereka perlu bayar gaji pekerja dan lain-lain kos, jika tidak terpaksa tutup kedai,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) menyatakan isu polikrisis ini pernah dibincangkan dalam World Economic Forum pada Januari lalu.

“Bukan saya saja cakap tetapi seluruh dunia, pemimpin-pemimpin negara, Bank Pusat Amerika Syarikat, mereka semua berkumpul berbincang mengenai polikrisis.



“Mereka menjangkakan kesan ekonomi polikrisis ini akan berpanjangan sehingga 2025, atau lebih teruk lagi boleh berpanjangan sehingga 2027,” katanya.

10X Bina Bisnes Berjaya

Menyedari situasi polikrisis membimbangkan, Richworks sebagai organisasi yang aktif membimbing usahawan sejak 15 tahun lalu tampil menganjurkan seminar 10X Bina Bisnes Berjaya bersama Media Prima Berhad bagi mencapai lebih ramai usahawan di luar sana.

Menurut Dr Azizan, seminar kali ini bakal mengetengahkan konsep berbeza menerusi perkongsian secara langsung masalah yang sedang berlaku sekarang dan penyelesaian tepat untuk usahawan.

“Ini bukan seminar saya seorang bercakap dan semua orang dengar tetapi ia lebih kepada awak tanya soalan dan saya jawab.



“Konsep ini akan menjadikan ia lebih relevan dengan keadaan yang dihadapi oleh orang ramai,” katanya.

Seminar itu dijadualkan berlangsung selama dua hari pada 2 dan 3 September 2023, di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam.

Masuk percuma

Seiring komitmen untuk membantu usahawan terjejas, Richwoks menawarkan pas masuk percuma ke seminar 10X Bina Bisnes Berjaya kepada peniaga yang memenuhi kriteria.

“Kita beri akses secara percuma dengan kuota tertentu. Bagi usahawan yang benar-benar komited termasuk mereka yang terkesan, boleh ikut serta seminar selama dua hari ini.



“Paling penting, sebelum membuat permohonan mereka mestilah memenuhi kriteria utama iaitu sudah mempunyai perniagaan,” katanya.

Azizan berharap sesi kali ini dapat membantu usahawan mendapat jawapan mengenai tindakan paling tepat yang mereka boleh lakukan.

“Ia merangkumi pelbagai elemen penting termasuk teknik pemasaran, strategi jualan, pengurusan kos dan hala tuju bisnes mereka yang akan datang,” katanya.

Bagi peniaga yang berminat, anda dijemput untuk memohon menerusi laman sesawang  www.binabisnesberjaya.com.



10X Bina Bisnes Berjaya bakal cipta fenomena kebangkitan PKS


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PRK Pelangai, PAS Pahang hanya ‘Juara Jual Minyak’

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading