Hasil jualan melonjak RM2.6 juta

Hasil jualan melonjak RM2.6 juta

Hasil jualan melonjak RM2.6 juta
SEBAHAGIAN usahawan yang diraikan dalam Majlis Graduasi Program Bimbingan Insken.

Kuala Lumpur: Institut Keusahawan Negara (Insken) melalui Program Insken Bumiputera Business Coaching (IBBC) menunjukkan hasil positif melalui lonjakan hasil jualan sebanyak RM2.6 juta dan mewujudkan 192 pekerjaan baharu dalam tempoh empat bulan.

Ia dilaksanakan melalui empat industri yang tamat iaitu dua kohort kafe, restoran, bakeri serta pencetakan dan servis berkaitan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, hasil pencapaian keseluruhan Program IBBC ini mencatatkan 3.8 kali nilai gandaan daripada peruntukan dana yang telah diberikan oleh kerajaan.



“Program IBBC ini juga berjaya memajukan 12 perniagaan melalui penukaran status perniagaan daripada mikro kepada kecil,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Insken, Muhd Firdaus Azharuddin berkata, Insken menjalankan program mengikut keperluan usahawan dan memastikan keberhasilan sesebuah kursus menjadi keutamaan.

“Melalui program bimbingan seumpama ini, Insken dapat mengukur pencapaian usahawan dan bukan sekadar menjalankan program seperti melepaskan batuk di tangga.

“Kejayaan usahawan juga memberi suntikan semangat kepada kami untuk kekal agresif dalam melaksanakan program latihan dan bimbingan agar lebih ramai usahawan dapat memajukan perniagaan mereka,” katanya.



Dalam pada itu, program Insken Start-Up Coaching mencatat 164 peratus peningkatan skor diagnostik dalam masa enam bulan program ini dijalankan.

Hasil jualan melonjak RM2.6 juta


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PRK Pelangai, PAS Pahang hanya ‘Juara Jual Minyak’




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading