Hatrik Saka bantu England belasah Macedonia Utara

Hatrik Saka bantu England belasah Macedonia Utara

Hatrik Saka bantu England belasah Macedonia Utara
Bintang England, Bukayo Saka (kanan) menyepak masuk gol kedua pasukannya melepasi penjaga gol Macedonia Utara, Stole Dimitrievski sekali gus membantu England menang besar 7-0 pada kelayakan Euro 2024 di Old Trafford, Manchester awal pagi tadi. – Foto REUTERS

MANCHESTER, England: Bukayo Saka meledak hatrik ketika England meneruskan rentak cemerlang pada kelayakan Euro 2024 apabila membenam Macedonia Utara 7-0 di Old Trafford awal pagi tadi.

Saka mengukuhkan kedudukannya dalam pasukan kendalian Gareth Southgate sejak menyinar pada Piala Dunia dan kini mencatat tujuh gol dalam lapan perlawanan antarabangsa terakhirnya sekali gus melengkapkan musim cemerlang bagi pemain sayap Arsenal itu.

Harry Kane turut menyumbang dua gol, satu daripadanya menerusi sepakan penalti manakala Marcus Rashford dan Kalvin Phillips masing-masing satu gol ketika Three Lions mengekalkan rekod 100 peratus pada pusingan kelayakan selepas empat perlawanan.



“Ini satu perasaan yang saya tidak boleh luahkan dengan kata-kata. Saya hanya terlalu gembira,” kata Saka.

“Kami mempamerkan satu persembahan yang amat istimewa di luar sana. Mereka langsung tidak dapat menangani asakan kami.”


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Lebai Jasin Penunggang Agama Dan Perlembagaan

Kerjasama baik antara Kyle Walker dan Trent Alexander-Arnold membolehkan Saka mencetak gol kedua England dengan rembatan padu kaki kanan dari sudut sukar pada minit ke-38.

Hatrik Saka bantu England belasah Macedonia Utara
Pemain England, Marcus Rashford (kiri) menyumbat gol ketiga pasukannya melepasi penjaga gol Macedonia Utara, Stole Dimitrievski pada kelayakan Euro 2024 di Old Trafford, Manchester awal pagi tadi. – Foto REUTERS

Southgate menuruti tindakan bos Liverpool, Jurgen Klopp dengan menugaskan Alexander-Arnold di bahagian tengah berbanding posisi asalnya pertahanan kanan.

Dengan menyarung jersi nombor 10, Alexander-Arnold memperagakan visi menariknya menerusi umpanan mengagumkan melepasi benteng pertahanan Macedonia dan singgah di kaki Saka, yang meledak masuk ke penjuru gol dua minit selepas rehat.

Saka kemudian melengkapkan hatrik sulung sepanjang kariernya apabila menyambut hantaran cantik Kane yang memperdaya benteng pelawat pada minit ke-51. – AFP



Hatrik Saka bantu England belasah Macedonia Utara


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Lebai Jasin Penunggang Agama Dan Perlembagaan

 

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading