Ahli perniagaan edar dadah terlepas tali gantung, dipenjara seumur hidup

Ahli perniagaan edar dadah terlepas tali gantung, dipenjara seumur hidup

Ahli perniagaan edar dadah terlepas tali gantung, dipenjara seumur hidup
Ahli perniagaan edar dadah terlepas tali gantung, dipenjara seumur hidup

PUTRAJAYA: Seorang ahli perniagaan dalam talian terlepas hukuman gantung selepas Mahkamah Persekutuan meringankan hukuman itu kepada penjara seumur hidup kerana mengedar 971.6 gram Methamphetamine.

Keputusan itu dibuat panel tiga hakim terdiri daripada Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat serta Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Harmindar Singh Dhaliwal dan Datuk Abu Bakar Jais.

Panel tersebut mengesahkan sabitan Bukhti Shukran Abdul Rahman kerana mengedar dadar.



Dalam keputusan itu, Tengku Maimun bagaimanapun berkata, susulan pindaan terkini Akta Dadah Berbahaya 1952, mereka menggunakan budi bicara untuk menggantikan hukuman mati dengan penjara seumur umur.

Beliau turut mengarahkan Bukti Shukran, 38, dikenakan 12 sebatan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Cubaan PN Untuk Manipulasi Peserta Program Keretapi Sarong Gagal



Mahkamah Rayuan, pada 28 Februari tahun lalu, mengekalkan sabitan hukuman mati Bukhti Shukran atas pertuduhan itu, tetapi melepas dan membebaskan Saiful Adly Zakaria, 41 dan Azrul Alias, 37.

Pihak pendakwaan tidak merayu terhadap pembebasan kedua-dua lelaki itu.

Mengikut fakta kes, Mohd Bukhti memandu keretanya dari Telok Panglima Garang di Kuala Selangor ke sebuah bengkel di Bandar Sunway untuk membaiki keretanya.



Dalam keterangannya, Mohd Bukhti berkata, dia ke Aeon Big untuk bertemu dengan seorang yang dikenali sebagai “Boy” untuk mengambil alat ganti keretanya.

Ketiga-tiga lelaki pergi ke tempat itu dengan kereta yang dipandu Mohd Bukhti dan sebaik tiba, sepasukan polis menggeledah kereta berkenaan dan menemukan sebuah kotak berisi dadah tersebut di tempat duduk penumpang belakang.

Peguam Muhammad Rafique Rashid Ali dan Fahmi Abdul Moin mewakili ketiga-tiga lelaki itu, manakala Timbalan Pendakwa Raya How May Ling mewakili pendakwaan.

– BERNAMA



Ahli perniagaan edar dadah terlepas tali gantung, dipenjara seumur hidup


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

United Nation Sahkan Malaysia Sudah Selamat




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading