Aliff Syukri Dakwa Lagu ‘Sahur’ Baby Shima ‘Sampah’?

Ini Bidas Tuan Badan – “Saya Siap Duet Dengan Mimi Peri.”

Aliff Syukri Dakwa Lagu ‘Sahur’ Baby Shima ‘Sampah’?

Aliff Syukri Dakwa Lagu ‘Sahur’ Baby Shima ‘Sampah’?
Aliff Syukri Dakwa Lagu ‘Sahur’ Baby Shima ‘Sampah’?

Penyanyi Baby Shima mendedahkan dia tidak rasa tergugat atau berkecil hati dengan sindiran usahawan Datuk Seri Aliff Syukri yang mendakwa lagu Sahur nyanyian Baby Shima bersama Mimi Peri sebagai ‘sampah’, baru-baru ini.

Menurut Baby Shima, dia tidak mahu ulas lanjut memandangkan lagu itu mendapat perhatian ramai.

“Sahur bukan lagu sampah ya. Boleh dengar sampai habis dan pasti nak dengan berulang-ulang. Kalau tak, tak adalah lagu Sahur trending dan mendapat sambutan ramai.



“Ada yang kata, Datuk Aliff cakap macam itu (lagu sampah) sebab dia tidak ada lagu baharu. Entahlah, saya tak mahulah komen lebih-lebih dalam bulan Ramadan ini.

“Tak apa. Tak kisahlah dia nak cakap apa kerana yang penting Sahur bukan lagu sampah. Saya siap berduet dengan Bintang terkenal Indonesia, Mimi Peri lagi. Dia ada lagu ke?


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Salam RM5 @ 1USD Realiti Atau Ilusi?




“Alhamdulillah, lagu kami trending dan mendapat sambutan menggalakkan,” katanya.

Shima juga meluahkan rasa bertuah apabila dapat bekerjasama dengan Mimi Peri yang disifatkannya seorang yang merendah diri.

“Alhamdulillah, bekerja dengan Mimi Peri  sangat menyeronokkan dan tiada masalah langsung sepanjang kami menjalani penggambaran.

“Kalau kita tengok di hadapan kamera atau dalam media sosial, dia sangat kelakar, tapi sebenarnya di belakang kamera, Mimi Peri adalah seorang yang sangat pemalu.



“Dia juga seorang yang pendiam dan suka buat hal sendiri. Namun dia seorang yang ramah dan mudah diajak berbual.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Gelombang Perpindahan Ahli PPBM, Kenapa PAS Tidak Menjadi Pilihan?


“Sebenarnya karakter dia sedikit sebanyak macam saya juga pemalu di belakang kamera. Namun, disebabkan tuntutan kerja kenalah buang rasa segan tu apabila berada di pentas atau semasa persembahan.



“Apa yang seronok, sebaiknsahaka kamera on, dia terus berubah jadi watak yang orang suka tengok. Seperti mana yang kita tengok selalu.

“Dia seorang yang lucu. Buka saja mulut, orang ketawa tengok dia,” jelasnya yang tidak menolak andai diberi peluang bekerjasama lagi pada masa akan datang.

Shima juga berharap, lagu Sahur terus diterima ramai pendengar.

“Lagu Sahur ini mengajak orang ramai untuk bangun sahur. Kita tahu,  kadang-kadang ada yang nak berpuasa, tapi dia tak bangun sahur.



“Selain galakkan umat Islam untuk bersahur, ada pesanan-pesanan yang saya dan Mimi Peri sampaikan.

“Ramadan hanya sekali setahun. Manfaatkanlah peluang ini untuk bersahur dan mengerjakan amalan mulia yang lain. Sama-sama kita fokus bulan Ramadan ya!” tambahnya lagi.

Aliff Syukri Dakwa Lagu ‘Sahur’ Baby Shima ‘Sampah’?

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Agenda Tersembunyi PAS Di Sebalik Penyatuan Ummah 2.0

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading