Hanya pingat emas fokus Malaysian Tigers

Hanya pingat emas fokus Malaysian Tigers

Hanya pingat emas fokus Malaysian Tigers
SKUAD hoki negara yakin mampu mencapai misi meraih pingat emas pada Sukan Asia Hangzhou bermula 12 September ini. – MHC / AHF

KUALA LUMPUR – Fokus skuad hoki lelaki negara tidak pernah berubah daripada matlamat utama iaitu memenangi pingat emas pada Sukan Asia Hangzhou di China bermula 23 September hingga 8 Oktober ini.

Ketua jurulatihnya, A. Arul Selvaraj menegaskan, mereka tidak pernah terfikir atau berbincang mengenai situasi selain daripada pingat emas, sekali gus layak automatik ke Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis.

“Setakat ini mereka tak pernah bercerita pasal kelayakan (Olimpik Paris 2024), hanya satu iaitu Sukan Asia (memenangi pingat emas).



“Saya gembira kerana ini membuktikan mereka sudah bersedia 100 peratus dan betul-betul mahukannya. Ia dapat dilihat daripada fokus, semangat dan kerja keras semasa latihan,” katanya.

Arul juga percaya barisan 18 pemain terpilih mampu menggalas cabaran untuk membawa pulang pingat emas, sekali gus menjadi pencapaian terbaik Malaysia di pentas Sukan Asia.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PN Tiada Asas Moral Untuk Pertikaikan Keputusan Mahkamah Bebaskan Zahid




Berdasarkan senarai itu, skuad negara turut diperkuatkan dengan tujuh pemain yang pernah beraksi ketika memenangi pingat perak Sukan Asia 2018 di Jakarta-Palembang, Indonesia.

Hanya pingat emas fokus Malaysian Tigers
KONFEDERASI Hoki Malaysia mengumumkan senarai 18 pemain skuad hoki lelaki dan wanita menghadapi Sukan Asia Hangzhou di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil hari ini. – MHC

Bagaimanapun, Malaysian Tigers terpaksa melupakan khidmat Mohd. Fitri Saari, Muhammad Syafiq Hassan dan Muhammad Shahril Saabah kerana masalah kecederaan.

Tiga lagi pemain iaitu Norsyafiq Sumantri, Mohammad Najib Abu Hassan dan Zulpidaus Mizun pula terpaksa diketepikan kerana masih belum mencapai tahap kecergasan 100 peratus.

Sementara itu, skuad wanita mengambil langkah berani apabila menyenaraikan dua pemain muda yang akan membuat kaps antarabangsa pertama di pentas Sukan Asia nanti iaitu Siti Nur Irdina Mohd. Nor dan Nur Hazlinda Zainal Abidin.



“Mereka perlu buktikan dengan menunjukkan komitmen lebih tinggi dan mengambil tanggungjawab ini bersungguh-sungguh suapaya dapat membawa Malaysia jauh pada Sukan Asia nanti,” jelas pengendali skuad wanita, Nasihin Nubli Ibrahim.

Skuad lelaki akan berdepan cabaran tuan rumah, Indonesia, Korea Selatan, Oman dan Thailand dalam saingan Kumpulan B, manakala pasukan wanita yang diletakkan sasaran lima terbaik, dalam Kumpulan A bersama Hong Kong, India, Korea Selatan dan Singapura. – KOSMO! ONLINE

SENARAI 18 PEMAIN SKUAD LELAKI

MUHAMMAD HAFIZUDDIN OTHMAN
MOHD. ZAIMI MAT DERIS
MUHAMMAD RAZIE ABD. RAHIM
MUHAMMAD MARHAN MOHD. JALIL
MUHAMMAD NAJMI FARIZAL JAZLAN
MUHAMMAD AMINUDDIN MOHD. ZAIN
MUHAMMAD AMIRUL HAMIZAN AZAHAR
MUHAJIR ABDU RAUF
MUHAMAD RAMADAN ROSLI
FAIZ HELMI JALI
MEOR MUHAMAD AZUAN HASSAN
NIK MUHAMMAD AIMAN NIK ROZEMI
MUHAMMAD AZRAI AIZAD ABU KAMAL
ABDUL KHALIQ HAMIRIN
SHELLO SILVERIUS
MUHAMMAD FIRHAN ASHARI
FAIZAL SAARI
MOHAMAD ASHRAN HAMSANI

SENARAI 18 PEMAIN SKUAD WANITA

MASHITAH ABDUL KHALID
NUR HAZLINDA ZAINAL ABIDIN
NURAINI ABDUL RASHID
RAJA NORSHARINA RAJA SHABUDDIN
KHAIRUNNISA AYUNI MOHD. SHARUDDIN
DAYANG NURAMIRAH ABANG MAHADINI
NURUL FATIN FATIAH AZMAN
JULIANI MOHAMAD DIN
WAN NORFAIEZAH SAIUTI
NURMAIZATUL HANIM SYAFI SHIEK FUAD
NUR INSYIRAH EFFARIZAL
SITI NUR IRDINA MOHD. NOR
FATIN SHAFIKA MAHD. SUKRI
HANIS NADIAH ONN
NURAMIRAH SYAKIRAH ZULKIFLI
SITI ZULAIKHA HUSAIN
SITI NUR ARFAH MOHD. NOR
NUR AFIQAH SYAHZANI AZHAR



Hanya pingat emas fokus Malaysian Tigers


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

“Mahathir umpama bahan pameran muzium di Mesir” – Nur Jazlan

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading