Rasa tidak sedap hati anak petanda bapa, sepupu lemas

Rasa tidak sedap hati anak petanda bapa, sepupu lemas

Rasa tidak sedap hati anak petanda bapa, sepupu lemas
Mayat lelaki berusia 60 tahun yang dipercayai lemas ketika menjala ditemui anggota pasukan pencarian di Sungai Simen, dekat Rantau, di sini, malam tadi. – Foto ihsan bomba

SEREMBAN: Rasa tidak sedap hati seorang anak mengenai bapanya yang tidak pulang ke rumah sehingga jam 7 malam terjawab apabila bapa dan sepupunya itu ditemukan lemas di Sungai Simen, Rantau, di sini, malam tadi.

Anak lelaki mangsa, C Sivam, 36, berkata ketika membuat pencarian di sungai berkenaan dia terkejut apabila menemui mayat adik sepupunya, A Vijay, 16, di tepi sungai sebelum menariknya ke atas kira-kira jam 7.15 malam.

“Bapa, G Chanthiran, 60, keluar rumah kira-kira jam 1 tengah hari (Ahad) dan tidak pulang sehingga waktu senja sebelum ibu saudara memaklumkan rasa tidak sedap hati dan meminta saya serta abang untuk mencarinya.



“Saya yang turut berasa tidak sedap hati juga bertanya kepada rakan bapa dan mereka memaklumkan dia pergi menjala ikan di kawasan sungai itu.

“Sebaik tiba di lokasi, saya terlihat jaring tersangkut di permukaan air dan cuba menariknya sebelum ternampak mayat sepupu. Kami kemudian menarik sepupu ke atas, namun tidak menemui bapa sebelum menghubungi pihak bomba,” katanya ketika ditemui hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Hudud akhirnya boleh dilaksanakan di Terengganu?




Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, berkata mayat kedua, seorang lelaki berusia 60 tahun ditemukan kira-kira jam 11 malam selepas pencarian dilakukan anggota bomba.

Katanya, polis menerima laporan kejadian lemas di Sungai Simen membabitkan seorang remaja berusia 16 tahun bersama bapa saudaranya berusia 60 tahun ketika menjala ikan.

“Difahamkan, kedua-dua mangsa gagal dihubungi sehingga petang sebelum keluarga mencari di lokasi kejadian dan menemui remaja itu dipercayai lemas di sungai berkenaan.

“Mereka kemudian menghubungi pihak bomba dan Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban memaklumkan mengenai kejadian. Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rantau bergegas ke lokasi bagi membantu operasi pencarian.



“Mayat lelaki itu ditemukan dalam sungai pada kedalaman kira-kira 2.5 meter pada jam 11 malam, sebelum diserahkan kepada polis dan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) untuk bedah siasat, Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Rasa tidak sedap hati anak petanda bapa, sepupu lemas


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kenapa Zahid Kembali Menjadi Sasaran Selepas PRN



 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button