Ustazah Asma’ Harun Tegur ‘Influencer’ & Pelakon Lelaki

‘Jangan Kerana Fesyen & Ikut Trend Sanggup Memakai Yang Haram’

Ustazah Asma’ Harun Tegur ‘Influencer’ & Pelakon Lelaki

Ustazah Asma’ Harun Tegur ‘Influencer’ & Pelakon Lelaki

Penceramah bebas, Ustazah Asma’ Harun menerusi hantaran di Facebook menegur segelintir selebriti media sosial serta pelakon  lelaki terutamanya yang memakai rantai serta gelang tangan.

Rantai & gelang haram untuk lelaki

 

Menurut Ustazah Asma’, pemakaian rantai atau gelang oleh kaum lelaki sepatutnya dipandang serius kerana hukumnya adalah haram di sisi Islam.

Dalam pada itu, Ustazah Asma’ menegur secara umum kepada pelakon dan juga selebriti media sosial lelaki yang memakai aksesori seperti wanita itu kerana memberi contoh yang tidak baik pada anak muda serta masyarakat.



Jangan kerana fesyen dan ikut trend sanggup memakai yang haram. Makin ramai kaum lelaki memakai rantai, artis dan influencer pun dah semakin berani tonjolkan diri di khalayak dengan gaya sebegini.

Mereka ni boleh mempengaruhi anak muda. Sebenarnya kita lihat dah lama kaum lelaki memakai rantai sama ada daripada besi, perak atau emas. Seolah-olah sudah menjadi kebiasaan dan semakin boleh diterima.

Lebih baik tidak pakai di khalayak ramai

Ustazah Asma’ Harun Tegur ‘Influencer’ & Pelakon Lelaki

Malah, dia turut menjelaskan beberapa fatwa berhubung isu pemakaian gelang atau rantai tangan bagi lelaki untuk tujuan rawatan atau perubatan daripada Jabatan Mufti Negeri Melaka dan Negeri Sembilan.



Tidak diperbuat daripada emas, perak, suasa atau sutera (untuk lelaki).

Tiada sebarang unsur najis.

Tidak mempercayai bahawa dengan memakai gelang boleh menyembuhkan penyakit tertentu kerana khuatiri terdapat unsur khurafat.

Tidak menyebabkan kemudaratan kepada pemakai.



Mendapat perakuan daripada pakar perubatan yang beragama Islam dan terbukti dapat merawat pesakit secara saintifik.

Ustazah Asma’ turut menasihati golongan lelaki yang memakai gelang bagi tujuan perubatan untuk tidak memakainya ketika berada di tempat awam atau menghebahkan di media sosial kerana bimbang ia akan jatuh fitnah terhadap pemakai. Selain itu, katanya, melakukan sesuatu perkara yang boleh mendatangkan fitnah itu adalah makhruh.

Sumber : Ustazah Asma’ Harun

Ustazah Asma’ Harun Tanya Macam Mana Siti Hadapi Satu Demi Satu Ujian Allah



Ustazah Asma’ Harun Tegur ‘Influencer’ & Pelakon Lelaki


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Anwar Mesti Kurangkan Bercakap, Sekarang Masa Untuk Bekerja

 



 

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading