Mahathir paling tidak layak kritik pelantikan Zahid sebagai TPM.

Oleh Adam Malik

Semenjak partinya PEJUANG@GTA kehilangan deposit dalam semua kerusi yang ditandingi , Mahathir terus sembunyi dan merajuk mengenang nasib badan.

Di Langkawi pun Mahathir sudah ditolak



Itu lah hukuman dijatuhkan oleh hakim rakyat kepada nya.

Sama ada  Mahathir akan sedar diri atau tidak, insaf atau tidak , itu Mahathir sendiri sahaja mampu jawab.

Terbaru , Sebaik sahaja keluar persembunyian, Mahathir telah membuat kenyataan berkenaan pelantikan Datuk Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mahathir memberi gambaran Zahid Hamidi tidak layak atas sebab ada kes2 mahkamah yang terkait diri nya , ujar Mahathir.



Apa yang menarik tentang kenyataan Mahathir ada lah ia dibuat setelah kecoh hal kroni nya Syed Mokhtar dan Shahidan Kassim mendapat habuan milik saham BERNAS dan keuntungan berarus ratus juta.

Namun, isu pelantikan Zahid yang dibuat oleh Mahathir sebenar nya melondehkan kelemahan dan keburukan Mahathir sendiri.

Asbab utama Mahathir beri sebab Zahid tidak layak ada lah konon nya ada banyak kes mahkamah.



Tetapi , Mahathir lupa , kes Zahid adalah ciptaan Mahathir juga, maka ‘validity’ boleh dipersoalkan .

Ini kerana yang lain juga ada menerima duit UKSB, tetapi kerajaan Mahathir tidak dakwa.

Maka, disini sahaja , sudah Nampak kepalsuan dakwaan dan kepalsuan Mahathir sendiri.

Sama juga, dengan kes yang dihadapi oleh Sharir Samad dan Ahmad Maslan dimana Mas Ermiyati dan Mustapha Mohamad tidak dikena kan dakwaan yang sama.



Lebih dasyat lagi , apabila Mahathir menegur pelantikan Zahid ada lah apabila pelakuan jijik Mahathir melantik Lim Guan Eng yang ada kes mahkamah menjadi Menteri Kewangan 22 bulan yang mengerunkan rakyat.

Dan demi hendak ‘justify’ pelantikan tidak masuk akal itu, kerajaan Mahathir telah menguggurkan kes mahkamah Lim Guan Eng dan pura2 terkejut.

Selain itu, Mahathir juga telah melantik Zeti Aziz menjadi Pengerusi Permodalan Nasional Berhad walau pun pasti Mahathir sudah tahu berkenaan kes rasuah Zeti dan Suami nya Tawfeq Ayman seperti ytang dideahkan oleh kerajaan Singapura dan mahkamah Brooklyn Amerika.

Kemudian Hakim yang menjatuh kan hukuman terhadap Najib Razak juga ada kes rasuah seperti siasatan SPRM dan PDRM , namun tetap dilantik oleh Mahathir untuk mendengar kes Najib Razak.



Pada isu terkini sebelum PRU15 , kecoh seluruh negara berkenaan pelantikan Hakim senior oleh Mahathir tanpa merujuk PAC.

Ini bermakna  hakim2 bukan dari  yang sepatut nya tetapi boleh dikatakan sebagai Hakim Mahathir, bagai dikatakan oleh Tommy Thomas.

Maka dengan punggung gelumang najis, Mahathir sepatut  duduk diam dan tidak seperti ayam jantan berkokok kesana kemari.

Pendek kata , Mahathir individu paling tidak layak mengkritik pelantikan Ahmad Zahid Hamidi.




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading