Pulut panggang bazar Ramadan keras macam kayu

Oleh – Syeikh Baran


Pulut panggang bazar Ramadan keras macam kayu
Tangkap layar hantaran @kanda.nismilan di laman TikToknya, semalam.

Seorang lelaki kecewa apabila pulut panggang yang dibelinya di sebuah bazar Ramadan keras seperti kayu.

Menurut sebuah hantaran di laman TikTok @kanda.nismilan, beliau telah membelanjakan sebanyak RM13 untuk membeli 10 batang pulut panggang tersebut buat juadah berbuka puasa.



“Inilah kisah 1 Ramadan saya, tidak tahulah hendak ketawa atau menangis. Beli pulut panggang, tetapi isinya keras macam kayu,” katanya dalam ruangan kapsyen.

Bagaimanapun, lokasi bazar Ramadan tersebut tidak dapat dipastikan.

Meninjau ke ruangan komen, orang ramai turut menyuarakan kekecewaan masing-masing terhadap segelintir peniaga ‘segera’ di bazar Ramadan yang tidak mengutamakan kualiti makanan yang dijual.

“Tak tahulah hendak cakap apa. Penjual kadang-kadang tidak mahu rugi. Selagi boleh jual, jual. Tidak kiralah sama ada makanan itu keras ke tidak,” kata Mar.



“Kalau boleh, tahun ini saya hendak mengelak daripada membeli makanan di bazar. Bukan apa, takut jadi macam inilah,” kata Azai.

“Selalunya karipap angin, tahun ini pulut panggang kayu pula,” kata Aafiya.

Kini, hantaran tersebut telah menerima 1,108 tanda suka dan 74,200 tontonan.

Sumber – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading