Wanita dirogol, dipaksa minum racun

New Delhi: Gadis berusia 18 tahun didakwa diculik dan diperkosa jirannya dekat kawasan balai polis Jehanabad, Kotwali, di Bihar, timur India, Selasa lalu.

Portal NDTV melaporkan, gadis itu juga dipukul dengan teruk dan diberi racun apabila melawan.

Menurut aduan yang difailkan kepada Penguasa Polis Pilibhit, Atul Sharma, kejadian berlaku pada awal pagi 1 Januari lalu.



Suspek didakwa secara paksa membawa mangsa ke rumah dengan mengikat mulut sebelum memperkosanya.

Apabila melawan, dia dipukul teruk dan dipaksa minum racun, kata polis, memetik aduan itu.

Berdasarkan aduan, ahli keluarga wanita itu pergi ke rumah suspek, namun ibu mangsa pula dipukul dengan teruk.

Wanita itu juga mendakwa polis Jehanabad pada mulanya tidak mengendahkan aduannya.



Ibu mangsa menerusi aduan itu menyatakan anak perempuannya masih kritikal dan dirawat di sebuah hospital swasta di Pilibhit.

Dalam pada itu, polis berkata, kes itu masih dalam siasatan.

Difahamkan, suspek sudah melarikan diri.

Agensi



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button