KPDN nafi peniaga jual burger, roti John RM30 dan RM40

Oleh – Syeikh Baran


KPDN nafi peniaga jual burger, roti John RM30 dan RM40
Pemantauan yang dilakukan penguat kuasa KPDN Johor mendapati roti John dijual antara RM10 hingga RM15 di Bazar Ramadan Taman Suria, Johor Bahru

Dakwaan pengguna media sosial terdapat peniaga di Bazar Ramadan Taman Suria, di sini menjual makanan pada harga melampau termasuk dakwaan burger dan roti John dijual sehingga RM30 dan RM40 adalah tidak benar.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor, Lilis Saslinda Pornomo berkata, hasil pemeriksaan yang dilakukan pihaknya menerusi Ops Samar mendapati tidak ada makanan di bazar Ramadan itu yang dijual pada harga yang keterlaluan.



“Pemeriksaan dilakukan susulan tular TikTok dan Facebook berkaitan harga makanan seperti burger dan roti John terlalu mahal mencecah harga RM30 dan RM40 selain dikenakan caj bekas plastik.

“Pemeriksaan dibuat lapan pegawai penguat kuasa KPDN Johor mendapati tiada gerai yang menjual burger dan roti John yang mencecah harga RM30 sehingga RM40,” katanya kepada pemberita hari ini.

Selasa lalu, tular di TikTok dan Facebook berkaitan roti John dijual pada harga RM40 dan burger berharga RM30, selain caj bekas plastik sebanyak 50 sen.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button