Lelaki ditemui mati di kebun getah
Oleh – Syeikh Baran
Lelaki berusia 59 tahun yang dilaporkan hilang ketika menoreh getah, ditemukan maut di kawasan kebun getah Kampung Ruhiang, Tamparuli di sini, hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Abdul Qawie Abdul Gapar berkata, sebaik dimaklum, sepasukan enam anggota ke lokasi bersama kenderaan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).
“Anggota kemudian ke lokasi penemuan mayat yang dimaklum penduduk dan mengangkatnya.
“Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dihubungi.
Beliau berkata, operasi tamat pada 4.30 petang.
Difahamkan, mangsa keluar dari rumah untuk menoreh getah pada 2.30 pagi, namun tidak pulang seperti kebiasaannya iaitu 6.30 pagi, menyebabkan keluarga meminta penduduk untuk mencarinya.
Sumber – Harian Metro
Discover more from My TV ONLINE
Subscribe to get the latest posts to your email.