Lelaki maut kereta terbabas rempuh belakang lori

GEORGETOWN: Lelaki maut selepas kenderaan yang dinaiki terbabas dan merempuh belakang lori, dalam kejadian di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini, hari ini.

Mangsa, S Vitra Stevan berusia 44 tahun, yang memandu kereta Proton Waja disahkan maut di tempat kejadian oleh petugas perubatan di lokasi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Pulau Pinang, berkata terdahulu pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 4.19 pagi.



Katanya, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak yang diketuai Israhanafi Ismail bergegas ke lokasi sejurus menerima maklumat.

“Ketika tiba di tempat kejadian, didapati berlaku kemalangan membabitkan kereta yang dipercayai terbabas sebelum merempuh belakang sebuah lori.

“Terdapat seorang mangsa lelaki yang tersepit di bahagian tempat duduk pemandu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.



Menurut jurucakap berkenaan lagi, pasukan penyelamat bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas.

Katanya, mangsa yang dikeluarkan pada jam 4.51 pagi itu kemudian disahkan meninggal dunia oleh pasukan petugas di tempat kejadian.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dan kes diserah kepada pihak polis bagi tindakan lanjut.

“Operasi berkenaan tamat pada jam 5.04 pagi,” katanya lagi.



BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button