Annuar Musa Berikan Mesej Yang Jelas Kepada PN

Annuar Musa Nyatakan Hasrat Bertanding PRK

Annuar Musa Berikan Mesej Yang Jelas Kepada PN

 

Dengan tersipu-sipu, Annuar Musa menyatakan hasrat untuk bertanding di salah satu dari enam parlimen sekiranya berlaku kekosongan.

Hasrat Annuar timbul selepas pihak RoS meluluskan pindaan perlembagaan PPBM.



“Saya (sebelum ini) berkhidmat selama lapan penggal (sebagai ahli Parlimen).”

“Saya rasa itu sudah mencukupi.”

“Tetapi jika rakyat masih percayakan saya dan mahukan saya bertanding sebagai calon, saya akan mempertimbangkan secara serius.”

“Tetapi untuk ke depan dan memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) itu bukan cara saya.”



“Bagi saya, walaupun tanpa kedudukan politik, saya masih boleh menyumbang dalam pelbagai cara,” kata Annuar.

Annuar Musa tetap Annuar Musa.

Setiap apa yang beliau lakukan, biasanya akan ada imbuhan yang besar yag menjadi pertimbangan.

Kini beliau bukan ahli parlimen, tidak ada jawatan penting sama ada dalam PAS mahu pun Perikatan Nasional.



Satu-satunya jawatan yang beliau pegang sekarang adalah pengerusi NGO, Muafakat Nasional, yang pastinya tidak menjanjikan apa-apa.

Penulis tidak mahu menuduh Annuar Musa mengkhianati Muafakat Nasional yang digerakkan oleh UMNO dan PAS satu masa dahulu.

Tetapi tindakan Annuar Musa mendaftarkan NGO Muafakat Nasional telah menyebabkan Muafakat Nasional UMNO dan PAS tidak dapat didaftarkan.

Pemecatan beliau dari UMNO juga adalah kerana sikap serta kenyataan beliau yang banyak condong ke arah musuh UMNO.



Mungkin ketika itu Annuar Musa merasakan UMNO sudah tidak ada harapan untuk bangkit.

Pada pandangan penulis, tidak mustahil satu hari nanti, sekiranya Perikatan Nasional lemah, Annuar Musa akan berpaling tadah.

Annuar Musa tetap Annuar Musa.

 



Annuar Musa Berikan Mesej Yang Jelas Kepada PN

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading