Rafizi Menipu Di Parlimen?

Rafizi Menipu Di Parlimen

Rafizi Menipu Di Parlimen?

Dalam perbahasan di parlimen, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, dengan bangganya mengumumkan pertumbuhan 3 suku berturut-turutb ekonomi negara.

Beliau mendakwa, ini adalah pertama kali berlaku dalam sejarah negara.

Benarkah dakwaan Rafizi.



Penulis sertakan komen ahli ekonomi mengenai dakwaan Rafizi.

Pertumbuhan 3 suku berturut-turut adalah lazim bukan luar biasa.

Dengan penuh hormat, maaf, saya perbetulkan.

Sebagai ahli ekonomi saya amat bersetuju dengan YB Menteri Ekonomi.



Prestasi ekonomi negara mesti dinilai bersandarkan fakta rasmi dan bacaan ekonomi yang betul, angka tidak boleh berbohong, rujuk data.

Secara purata ekonomi negara tumbuh dengan kadar 5.3% dalam era Wawasan 2020 (1991-2020).

Kadar yang boleh dibanggakan.

Sepanjang tempoh ini kita direncat oleh 4 krisis global:



  • Krisis Ekonomi Asia Timur (1998)
  • Krisis dot. com (2001)
  • Krisis Kewangan Global (2009)
  • Krisis Pandemik Covid-19 (2020).

Hampir semua negara terjejas.

Ekonomi kita masih dalam proses pemulihan.

Baru-baru ini YB Menteri menegaskan prestasi ekonomi negara kini adalah memberangsangkan.

Pemulihan ekonomi dapat dilihat melalui pencapaian kerajaan dalam pertumbuhan ekonomi yang menyaksikan berlaku tiga kali berturut-turut bagi setiap suku tahun.



YB Menteri merujuk kepada pertumbuhan ekonomi sukuan berdasarkan ‘seasonally adjusted data’ untuk tahun 2023.

Pertumbuhan Suku 1 (0.9%), Suku 2 (1.5%), dan terkini Suku 3 (2.6%).

Bila Fakta Menyingkirkan Auta

Kata beliau, ‘BUAT PERTAMA’ kalinya sejak bertahun-tahun, pertumbuhan ekonomi negara menyaksikan peningkatan dari satu suku ke suku yang lain dan berlaku dalam tiga suku, tahun ini.

Benarkah ini kali pertama sejak bertahun yang lalu? Kita rujuk angka rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia.



Dalam tempoh RM 11, sejak Suku 1, 2016 pertumbuhan ekonomi sukuan adalah positif, bukan 3 suku berturut-turut tetapi 15 suku berturut-turut!!!

Pertumbuhan terjejas, akibat dilanda krisis pandemik Covid-19 (2020-2021).

Ianya mula pulih pada Suku 4, 2021.

Pertumbuhan berturut-turut hingga Suku 3, 2022., selama 4 suku.



Maaf, saya perbetulkan, hakikatnya pertumbuhan ekonomi sukuan umumnya adalah positif kecuali ketika dilanda krisis.

Pertumbuhan 3 suku berturut-turut adalah prestasi lazim.

Saya setuju, prestasi ekonomi 3 suku yang lalu baik, lazim tetapi bukanlah luar biasa.

Kini kita berhadapan dengan krisis geo-politik yang membimbangkan.

Ekonomi dunia berada dalam tren lembap, dijangka tumbuh pada kadar 3.0% tahun 2023, dan 2.9% tahun 2024, berbanding 3.5% tahun 2022.

Perdagangan tahun ini dijangka sangat lembap, pada kadar 0.5% sahaja, berbanding 5.1% tahun 2022.

Malaysia terkesan, nilai eksport bulanan jatuh sebanyak 14% dalam tempoh 1 tahun yang lalu.

Dengan pelaksanaan berkesan pelan Ekonomi Madani dan beberapa pelan yang telah dilancarkan kita dapat mempertahan ekonomi negara dari terkesan dengan suasana global yang tidak menentu ini.

Mari kita bertekad laksana dengan baik dan pantau dengan rapi.

Dari penjelasan yang dibuat oleh Prof Dr Noor Azlan Ghazali, apakah Rafizi menipu atau beliau sebenarnya tidak layak menjadi Menteri Ekonomi?

Rafizi Menipu Di Parlimen?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading