Asrama pelajar pusat tahfiz di Kepala Batas terbakar

Asrama pelajar pusat tahfiz di Kepala Batas terbakar

Asrama pelajar pusat tahfiz di Kepala Batas terbakar
Anggota bomba memadam kebakaran bangunan asrama pelajar Institut Tahfiz dan Kefahaman Quran Ma’hadul Azhar di Jalan Pokok Sena, Kepala Batas, Pulau Pinang. – FOTO BOMBA

KEPALA BATAS: Asrama pelajar Institut Tahfiz dan Kefahaman Quran Ma’hadul Azhar di Jalan Pokok Sena, di sini, terbakar pagi tadi.

Kejadian sekitar jam 11.50 pagi itu mengakibatkan sebuah bangunan musnah kira-kira 40 peratus, namun tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), PBK II Khairul Affendi Arifin, berkata anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kepala Batas, Tasek Gelugor, Penanti dengan bantuan BBP Bertam bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan berhubung kejadian itu.



“Sebaik tiba, didapati kebakaran di tingkat dua sebuah bangunan yang dijadikan asrama pelajar dengan anggaran kemusnahan 40 peratus.

“Tiada mangsa terlibat dalam insiden ini yang mana semasa kejadian terdapat empat pelajar dan seorang guru belajar di bangunan sebelah. Mereka kemudian keluar mengosongkan premis dan berada dalam keadaan selamat,” katanya.

Jelasnya, anggota bomba kemudian melakukan kerja-kerja pengawalan dan pemadaman api sebelum kebakaran dapat dikawal pada jam 12.21 tengah hari dan setakat ini, punca serta jumlah kerugian akibat kejadian berkenaan masih dalam siasatan.

Asrama pelajar pusat tahfiz di Kepala Batas terbakar

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Muhyiddin bakal jadi Presiden ‘Geng Takut Bini’?




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading