Jika UMNO Boleh Berkerjasama Dengan DAP, Mengapa Tidak MCA

Jika UMNO Boleh Berkerjasama Dengan DAP, Mengapa Tidak MCA

Jika UMNO Boleh Berkerjasama Dengan DAP, Mengapa Tidak MCA

 

Ahad lepas, Pengerusi Barisan Nasional, DS Zahid Hamidi, berkata beliau akan cari jalan untuk memujuk MCA supaya turun berkempen dalam PRK Kuala Kubu Baharu.

Beliau berkata, susulan pertemuan dengan presiden MCA, Wee Ka Siong, beliau yakin perselisihan faham antara MCA dan PH dapat diselesaikan.



Lebih-lebih lagi dua parti itu sebahagian kerajaan perpaduan.

“Saya akan ikhtiarkan cari jalan terbaik, (harap isu itu) sementara sahaja.”

“Saya dah jumpa Wee Ka Siong dan saya memahami situasi beliau hadapi ketika kenyataan itu dikeluarkan.”

“UMNO berpegang kepada prinsip menghormati kerusi telah dimenangi parti penyandang.”



“Dan akan mendukung mana-mana calon atas nama kerajaan perpaduan.”

“Saya harapkan itu sementara sahaja.”

“Dan jika kenyataan itu keluar kerana kecil hati oleh kerana kenyataan dikeluarkan dalam parti komponen lain saya harap perkara ini dapat diselesaikan bagi menjernihkan kekeruhan jika ada,” jelas DS Zahid.

Seorang pemimpin MCA tempatan di Kuala Kubu Baharu pula berkata sukar untuk mereka minta akar umbi sokong DAP.



Tambah beliau, MCA akan kehilangan rasa hormat dalam kalangan penyokongnya sekiranya parti itu memilih untuk membantu DAP.

“Ini akan menghantui kami dalam pilihan raya akan datang. Kenapa seseorang perlu menyokong sesuatu parti yang tiada prinsip atau harga diri?, jelas beliau.

Kita faham, kepimpinan MCA sangat tersinggung dengan kenyataan yang dibuat oleh Anthony Loke baru-baru ini.

Namun begitu, kepimpinan MCA sepatutnya mesti lebih matang dalam berpolitik.



Sekiranya mereka tidak senang dengan kenyataan Anthony Loke, mereka sepatutnya membuat bantahan secara rasmi kepada DAP.

Merajuk dan berperangai seperti budak-budak tidak memberikan gambaran kematangan pemimpin MCA dalam politik.

Sikap sebeginilah sebenarnya yang akan menghakis kepercayaan dan keyakinan penyokong mereka.

MCA sepatutnya mencontohi UMNO yang sedia berkerjasama dengan DAP, walau pun sebelum ini UMNO lebih teruk dikritik oleh pemimpin DAP.



Janganlah berperangai seperti budak-budak sekiranya berhasrat untuk kembali berkuasa.

 

Jika UMNO Boleh Berkerjasama Dengan DAP, Mengapa Tidak MCA

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button