Dewan Ulamak PAS Cuba Politikkan Isu Pemansuhan Seksyen 498 KK

Dewan Ulamak PAS Cuba Politikkan Isu Pemansuhan Seksyen 498 KK

Dewan Ulamak PAS Cuba Politikkan Isu Pemansuhan Seksyen 498 KK

Majoriti masyarakat sudah mula memahami apakah implikasi sebenar pemansuhan Seksyen 498 Kanun Keseksaan oleh Mahkamah Persekutuan.

Isu meliberalisasikan undang-undang syariah di Malaysia tidak timbul dengan pemansuhan tersebut.

Masyarakat Islam di Malaysia masih lagi mempunyai pilihan untuk mengambil tindakan di Mahkamah Syariah sekiranya jenayah terkutuk tersebut dilakukan oleh pihak ketiga.



Menghairankan, apabila Dewan Ulamak PAS dilihat cuba menghangatkan kembali isu tersebut dengan cuba mempolitikkannya.

Ketua Dewan Ulamak PAS, Ahmad Yahaya, berkata pemansuhan undang-undang tersebut mengundang perbuatan haram dan tidak bermoral.

Dan ia menyebabkan keburukan dan mafsadah dalam kehidupan masyarakat dan institusi kekeluargaan.

Dakwa beliau, masalah moral tersebut jika dibatalkan boleh melemahkan prestasi penjawat awam yang terpalit dengan perlakuan itu.



“Persoalan diskriminasi terhadap wanita untuk mengadu jika suaminya digoda atau dipikat oleh wanita lain wajar ditangani dengan pendekatan yang lain”.

“Bukannya dengan membatalkan peruntukan yang terbukti dapat mengawal keburukan dari berlaku”.

“Ibarat kata pepatah iaitu mencegah adalah lebih baik daripada mengubati”.

“Dewan Ulama Pas bimbang keputusan tersebut akan memberi kesan pembatalan peruntukan yang hampir sama dalam enakmen jenayah syariah”.



“Apakah perlakuan sebegini sudah tidak menjadi kesalahan dalam kalangan penjawat awam dan rakan sekerja yang banyak dilaporkan berlaku di tempat kerja?,” soal beliau.

Untuk pengetahuan Ahmad Yahaya, undang-undang syariah berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Sama ada undang-undang syariah dimansuh atau dipinda adalah bergantung kepada kerajaan negeri selepas mendapat restu dari raja masing-masing.

Kecuali sekiranya undang-undang syariah bertindih dengan undang-undang di peringkat pusat.



Maka secara autumatik, undang-undang di peringkat akan diguna pakai.

Kini apabila undang-undang tersebut sudah dimansuhkan, maka kerajaan negeri mempunyai ruang untuk menambah hukuman atas kesalahan tersebut.

Kerana sudah tidak timbul masalah pertindihan antara peringkat negeri dan pusat atas undang-undang tersebut.

Lihatlah ketetapan di sekeliling kita dengan mata lebah dan bukannya dengan mata lalat.



Dewan Ulamak PAS Cuba Politikkan Isu Pemansuhan Seksyen 498 KK

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button