Ayuh Harimau Malaya

Ayuh Harimau Malaya

Ayuh Harimau Malaya
Penyokong Harimau Malaya mula membanjiri Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin bagi menyaksikan perlawanan persahabatan menentang Papua New Guinea malam ini. – Foto NSTP/Ghazali Kori

KUALA TERENGGANU: Ribuan penyokong Harimau Malaya mula membanjiri Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, sejak 5.45 petang tadi bagi menyaksikan perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Papua New Guinea, malam ini.

Walaupun pintu stadium hanya dibuka bermula jam 6 petang, sebahagian penyokong mula berkumpul untuk menyaksikan perlawanan di stadium berkenaan selepas aksi pertama menentang Kepulauan Solomon minggu lalu berakhir dengan kemenangan 4-1.

Walaupun jumlah penonton dijangka berkurangan berbanding aksi persahabatan pertama kerana sehingga kini jualan tiket baru mencecah 7,000 keping, kemeriahan tetap dirasai dengan Festival Harimau Malaya yang berlangsung di pekarangan stadium berkenaan.



Peminat setia, Muhd Sabri Muda, 47, dari Marang berkata, dia bersama rakannya Azmi Omar, 46, bertolak awal ke stadium kerana begitu teruja untuk menyaksikan perlawanan itu lebih-lebih lagi tidak perlu menempuhi perjalanan yang jauh untuk tiba ke stadium.

“Jadi kami begitu teruja untuk melihat corak permainan jurulatih kelahiran Korea Selatan itu, harap kemenangan sekurang-kurangnya 3-0 menjadi milik skuad kebangsaan,” katanya ketika ditemui di pekarangan stadium.

Bagi Mohd Ariffin Yusof, 41, sebagai penyokong fanatik bola sepak Malaysia, dia tidak mahu ketinggalan untuk menyaksikan perlawanan di stadium, apatah lagi apabila diadakan di Terengganu.

“Demi Harimau Malaya, saya bersama dua anak, Muhammad Aqeef Hariz, 13 dan Nur Alya Humaira, 11, sanggup hadir ke stadium sebagai tanda sokongan peminat fanatik, terasa rugi jika tidak hadir lebih-lebih lagi beraksi di bumi Terengganu,” kata Ariffin.

Ayuh Harimau Malaya


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Isham Jalil Saran kerajaan  tubuh tribunal kehakiman  siasat  Hakim  “National Enbarrassment”




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading