Rohana kebal, telan ‘onak duri’ empat dekad berjuang

Rohana kebal, telan ‘onak duri’ empat dekad berjuang

Rohana kebal, telan 'onak duri' empat dekad berjuang
Allahyarham sanggup merantau ke Kuala Lumpur untuk menyertai pertandingan Bintang RTM sehingga diangkat sebagai juara pada 1981.

KUALA LUMPUR: “Mama adalah idola saya dan saya mahu mencontohi sifatnya yang kebal dan tidak mudah melatah meskipun berdepan dengan kritikan.”

Itulah pandangan dilontarkan model, penyanyi dan pelakon, Kilafairy mengenai ibunya yang juga penyanyi legenda tanah air, Rohana Jalil.

Menerusi temubual bersama sebuah portal majalah, beberapa tahun lalu, Kilafairy atau nama sebenarnya, Syakila Nisa Jahangir Khan mahu menjadikan pengalaman hidup ibunya sebagai perisai menghadapi segala pandangan negatif orang luar terhadap dirinya.



Nyata sikap kental ibunya tidak pernah goyah hinggalah wanita itu menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.33 malam tadi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat kebocoran usus.

Biarpun dalam kesakitan, Allahyarham Rohana, 68, tidak kenal erti menyerah dan terus berjuang melawan penyakitnya itu hinggalah denyut nadinya terhenti.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Lebai Jasin Penunggang Agama Dan Perlembagaan




Menyorot kembali perjalanan seni arwah Rohana atau nama sebenarnya, Dara Abdul Jalil, kerjaya seninya bermula apabila sering diundang menghiburkan orang ramai untuk majlis perkahwinan dan keramaian.

Demi menggapai impian menjadi penyanyi, arwah pernah menyertai pertandingan Bintang RTM sebanyak dua kali, namun tewas di peringkat awal.

Rohana kebal, telan 'onak duri' empat dekad berjuang
Kilafairy satu-satunya anak yang mengikut jejak langkah arwah Rohana dalam industri seni.

Justeru, pada 1979, arwah nekad untuk merantau ke Kuala Lumpur dan menyertai pertandingan nyanyian itu sekali lagi.

Impiannya akhirnya menjadi kenyataan apabila dijulang sebagai juara Bintang RTM pada 1980.



Sejak itu, Rohana atau lebih akrab disapa Kak Ana enggan menoleh ke belakang lagi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Isham Jalil Saran kerajaan  tubuh tribunal kehakiman  siasat  Hakim  “National Enbarrassment”


Bagaimanapun, laluannya untuk mencipta populariti tidak datang dengan mudah meskipun arwah antara penyanyi yang memiliki kehebatan vokal.



Berkat kesabaran, nama arwah akhirnya meniti puncak kegemilangan selepas lagu Rayuanku hasil ciptaan komposer Allahyarham A Ali berjaya mencetuskan fenomena sekitar 1988.

Ternyata, gandingan Rohana bersama A Ali sangat serasi apabila banyak lagu yang dihasilkan menjadi siulan peminat.

Lagu lain yang turut menyumbang kepada jangka hayat Rohana dalam industri seni adalah Resahku, Kerana Dia Kita Terpisah, Faez, Jauh Terkenang, Jangan Main Mata dan Naluri Cinta, duet bersama To’ki.

Dikenali sebagai seorang yang baik hati dan tidak berkira di kalangan teman-teman, arwah juga cukup akrab bersama rakan seperjuangan seperti Datin Salwa Abdul Rahman, Jaafar Onn, Datuk Azizul Khamis, Zur Eda, Azura Aziz dan Haiza.




DISYORKAN UNTUK ANDA :

Anwar Ibrahim Dedahkan Penipuan Hadi Awang


Sepanjang empat dekad dalam dunia muzik, arwah pernah menyertai Anugerah Juara Lagu (AJL).

Rohana kebal, telan 'onak duri' empat dekad berjuang
Allahyarham Rohana bersama suami, anak-anak, menantu dan cucunya ketika menyambut Syawal kali terakhir bersama, tahun lalu.

Pada 1986, arwah menggantikan tempat Datuk Jamal Abdillah menyanyikan lagu Cinta Yang Terbiar dan mendapat tempat ketiga untuk kategori Persembahan Terbaik.



Ketika AJL Ke-3, arwah berjaya merangkul naib juara untuk kategori Persembahan Terbaik menerusi lagu Rayuanku.

Selain bergiat aktif dalam dunia nyanyian, arwah juga mempunyai kemahiran menjahit, selain gemar menjamu kawan-kawan dengan air tangannya.

Ketika ditemubual BH pada April lalu, Kilafairy turut berkongsi mengenai kepakaran arwah ibunya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PRN tanpa Najib, risiko kepada PN,PH atau BN?


“Mama memang handal memasak, jadi memang banyak juadah pagi raya yang disediakan untuk hidangan tetamu.

“Saya juga teringat kebanyakan baju raya baharu dijahit oleh mama ketika masa kami adik-beradik masih kecil.

“Cuma, saya tak berapa ingat fesyen rekaan mama kerana sudah terlalu lama.

“Mama memang suka menjahit kerana pernah belajar menjahit ketika muda dahulu,” ujarnya.

Hasil perkongsian hidup bersama suaminya, Jahangir Khan, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata, Rosella, Shakira Idora dan Kilafairy.

Rohana kebal, telan ‘onak duri’ empat dekad berjuang


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Isham Jalil Saran kerajaan  tubuh tribunal kehakiman  siasat  Hakim  “National Enbarrassment”

 

 

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading