EPL: Arsenal kembali ke tahap terbaik – Saka

EPL: Arsenal kembali ke tahap terbaik – Saka

EPL: Arsenal kembali ke tahap terbaik – Saka
SAKA dijangka mampu meneruskan momentum jaringan apabila turun menentang Burnley di Turf Moor untuk perlawanan EPL seterusnya malam esok. – AFP

LONDON – Pemain sayap lincah Arsenal, Bukayo Saka melaungkan amaran kepada pencabar-pencabar bahawa mereka sudah kembali ke tahap terbaik untuk merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Kemenangan ke atas West Ham selain kejayaan menewaskan Liverpool 3-1 sebelum itu kembali menghidupkan peluang Arsenal untuk berada dalam pe­rebutan kejuaraan apabila menghuni tangga ketiga ketika ini.

“Kami bermain dengan sangat baik dengan menjaringkan enam gol dan tanpa bolos menentang lawan sukar seperti West Ham. Bonus buat saya kerana dapat menjaringkan dua gol dalam ­perlawanan itu.



“Sekarang kami fokus kepada prestasi sendiri tanpa menghiraukan mengenai pa­sukan lawan. Apa yang pasti saya dapat lihat kami seperti ­sudah kembali menemui rentak terbaik seperti permulaan musim ini,” kata Saka.

Bintang muda antarabangsa England itu setakat ini sudah mengumpul 50 gol daripada 216 perlawanan bersama Arsenal dalam semua kejohanan sejak membuat debut profesionalnya pada November 2018.

Saka dijangka meneruskan kecemerlangannya apabila skuad bimbingan Mikel ­Arteta itu berkunjung ke Turf Moor menentang Burnley untuk aksi liga seterusnya malam esok.

Sebagai rekod, ­Arsenal kini mengumpul 52 mata sama de­ngan pasukan tempat kedua, Manchester City dan ­hanya ketinggalan dua mata di belakang Liverpool yang me­mimpin carta ketika ini. – AGENSI



EPL: Arsenal kembali ke tahap terbaik – Saka

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Media Mesti Beretika Dalam Menggunakan Hak Kebebasan Media




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading