Remaja diberi RM20 selepas dicabul seorang lelaki

Remaja diberi RM20 selepas dicabul seorang lelaki

Remaja diberi RM20 selepas dicabul seorang lelaki

GOMBAK: Seorang lelaki ditahan polis kerana disyaki mencabul seorang remaja dalam kejadian di sebuah rumah dekat Batu Caves di sini, Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, mangsa berusia 13 tahun disapa suspek yang bermotosikal ketika sedang berjalan kaki seorang diri selepas membeli nasi lemak



Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir, berkata suspek berusia 41 tahun itu kemudian mengajak mangsa menaiki motosikalnya dan membawa mangsa ke rumahnya yang terletak sekitar 700 meter dari kediaman remaja lelaki terbabit.

“Mangsa kemudian dicabul sebelum melarikan diri pulang ke rumahnya selepas suspek memberikan wang sebanyak RM20.

Noor Ariffin berkata, susulan kejadian itu keluarga mangsa kemudian membawa mangsa membuat laporan polis.

“Bertindak atas maklumat, suspek ditahan jam 1.50 pagi kelmarin (Ahad) sebelum direman selama enam hari sehingga Jumaat ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.



“Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampul membantu siasatan dengan menghubungi Inspektor Faris Nur Shuhaini di talian 017-3166051 atau hubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di talian 03-612622,” katanya.

Remaja diberi RM20 selepas dicabul seorang lelaki

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kesian Sanusi, Ketandusan Perhatian Rupanya



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button