KDA FC dibenarkan daftar pemain baharu

 

Oleh Razak Hasan

KDA FC dibenarkan daftar pemain baharu
Milos Gordic antara pemain baharu yang ditandatangani oleh KDA FC musim ini

Peminat skuad Sang Kenari boleh menarik nafas lega apabila Kedah Darul Aman (KDA) FC kembali diberikan ‘lampu hijau’ untuk mendaftarkan pemain baharu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/25.

Sebelum ini, skuad KDA FC menjadi salah satu daripada enam kelab Liga M yang diharamkan daripada menandatangani pemain baharu oleh FIFA susulan isu tunggakan gaji pemain import beberapa musim lepas.



Namun, pengurusan KDA FC mengesahkan sudah menerima surat pengesahan penarikan balik sekatan perpindahan pemain daripada FIFA.

“Pihak pengurusan menegaskan, isu ini berbangkit kerana aspek teknikal yang boleh dielakkan sejak awal dan pihak pengurusan sudah menyelesaikan tuntutan bekas pemain pasukan Kedah musim 2020 dan 2021.

“Selaras dengan persiapan musim ini, pengesahan ini membolehkan pihak kelab membuat pendaftaran pemain baharu bagi saingan musim 2024/25,” kata kenyataan yang dikeluarkan KDA FC semalam.

Bagaimanapun, KDA FC masih ada satu lagi ‘misi’ apabila diberikan sehingga 20 April oleh First Instance Body (FIB) untuk melunaskan gaji pemain dan pegawai pada tahun lalu.



FIB selaku badan bebas yang dilantik Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sebelum ini mengumumkan KDA FC dikenakan hukuman pemotongan tiga mata bagi pertandingan Liga Super musim 2024/2025 dan denda RM 50,000 atas kegagalan membuat penyelesaian penuh tunggakan gaji bagi tahun 2023 pada Mac lepas..

Sekiranya masih gagal, maka lesen kebangsaan KDA FC boleh ditarik balik, seterusnya kelab itu tidak layak untuk beraksi dalam saingan Liga Super yang bermula Mei depan. – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading