Semoga Aliff mendapat hidayah – Oktovia

 

Oleh Razak Hasan

Semoga Aliff mendapat hidayah - Oktovia
Oktovia menyifatkan ia ibarat ujian buat Aliff kerana sering berdepan dengan ujian yang sama.

Tidak mahu mengulas panjang kontroversi membabitkan penyanyi Aliff Aziz dan isterinya, Bella Astillah serta Ruhainies, bagaimanapun Oktovia Manrose berpendapat pelakon kelahiran Singapura itu sedang berdepan ujian.

Oktovia atau nama sebenarnya, Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman, 33, pernah berhadapan dengan kontroversi sama berkata, dia sedang berubah ke arah lebih baik dan tidak mahu lagi mengimbau perkara silam.



“Ini ibarat ujian buat dirinya kerana sering berdepan dengan ujian yang sama. Semoga Aliff mendapat hidayah. Itu sahaja yang boleh saya cakap.

“Saya tidak tahu bagaimana hendak mengulas lanjut mengenai isu yang sedang menjadi bualan hangat ketika ini.

“Apatah lagi, saya sendiri pernah terpalit dengan kontroversi bersama Aliff. Jadi, kalau boleh saya tidak mahu lagi memandang kisah yang sudah lama berlalu.

“Saya juga sudah ke arah memperbaiki diri menjadi lebih baik. Apapun, saya mendoakan Aliff jadi yang lebih baik,” katanya kepada BH Online.



Semoga Aliff mendapat hidayah - Oktovia
Oktovia mahu berubah jadi lebih baik, bahagia bersama suami dan anak-anaknya. – Foto IG Oktovia Manrose

Tidak lari dikaitkan apabila kontroversi bersama Aliff pada 2019 dibangkitkan semula, Oktovia tidak menafikan ia bukanlah sesuatu perkara seronok untuk dikongsikan kerana dia sendiri malu mengenangkan kembali kisah itu.

Terdahulu pada 2019, Aliff dan Oktovia menjadi topik bualan hangat netizen selepas Bella mendedahkan kecurangan dilakukan suaminya bersama anak kepada penyanyi dangdut, Iwan Syahman itu.

Dalam perkembangan lain, Oktovia kini sedang hamil dan sudah memasuki trimester ketiga.

“Alhamdulillah saya kini sudah masuk tujuh bulan kehamilan ketiga. Buat masa ini, saya memilih tidak berkongsi lanjut mengenai jantina kandungan, biarlah menjadi kejutan nanti,” katanya.



Oktovia sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Izat Abd Rahman pada 2011, namun bercerai pada 2015.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak lelaki, Muhammad Rayyan Zulkarnain yang kini berusia 13 tahun.

Oktovia kemudiannya berkahwin pula dengan pemain bola sepak, Mohamad Khairul Efsan Md Isa, 33, pada 21 Disember 2021 dan dikurniakan cahaya mata perempuan yang kini berusia dua tahun. – Berita Harian




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading