Lelaki parah dipijak gajah

Oleh – Syeikh Baran


Lelaki parah dipijak gajah
Gambar Hiasan

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menziarahi mangsa yang parah akibat dipijak gajah liar di Batu 11 dekat Tugu Peringatan, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, di Gerik, kelmarin.

Perkara itu dikongsikan Saarani menerusi hantaran di Facebook (FB) Saarani Mohamad selepas menziarah mangsa di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini semalam.



Menurutnya, beliau turut sempat memberikan kata semangat kepada ahli keluarga mangsa, Ahmad Nazri Osman, 55, yang diuji dengan dugaan itu di sebalik umat Islam sedang merayakan Aidilfitri.

“Petang tadi saya terus ke HRPB untuk melihat keadaan sebenar mangsa dipijak gajah itu.

“Saya difahamkan, Ahmad Nazri Osman, 55, yang berasal dari Felda Bersia, Gerik mengalami patah rusuk, tulang kaki kiri dan pendarahan kepala.

“Sempat beri kata semangat kepada ahli keluarga yang diuji dengan cabaran di sebalik meraikan Aidilfitri.



“Sama-sama kita mendoakan supaya mangsa segera sembuh dan kesihatannya kembali pulih,” kata hantaran itu malam ini.

Terdahulu, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mengesahkan kejadian lelaki parah akibat dipijak gajah di Batu 11, berdekatan Tugu Peringatan, JRTB Gerik malam Khamis lalu.

Dalam kejadian sekitar 7 malam itu, mangsa dilaporkan parah akibat dipijak gajah ketika berada di sungai berhampiran kawasan itu sewaktu mangsa yang ketika itu buang air besar di anak sungai sekitar kawasan terbabit akibat dikatakan mengalami cirit-birit.

Sumber – HARIAN METRO




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading