‘Rogol anak tiri, saya reda dengan hukuman dunia’

Oleh – Syeikh Baran


'Rogol anak tiri, saya reda dengan hukuman dunia'
Sulaiman (bukan nama sebenar) hampir lupa dengan rasa juadah istimewa Aidilfitri selepas 19 tahun berada di Penjara Penor kerana kesalahan merogol. FOTO MOHD RAFI MAMAT

“Saya reda dengan hukuman dunia yang diterima hari ini..merogol anak tiri yang dilakukan pada 2006 perbuatan keji,” kata banduan warga emas yang mahu dikenali sebagai Sulaiman, 75.

Menurut bapa 13 cahaya mata hasil perkahwinan dengan tiga isteri, pegangan agama yang terlalu cetek didorong nafsu serakah tidak terkawal menjadi penyebab dia tergamak melakukan perbuatan terkutuk itu.



Akibatnya, dia menerima hukuman penjara selama 36 tahun dan kini memasuki tahun ke 19 di Penjara Penor, di sini.

Katanya, ketika episod hitam itu berlaku dia berumur 57 tahun manakala anak tiri yang diperkosa berusia 17 tahun.

“Selepas melakukan perbuatan terkutuk itu, perasaan menyesal mula terbit. Disebabkan itu saya dipenjara 36 tahun.

“Kini hanya isteri pertama dan beberapa anak datang melawat saya di penjara, saya malu setiap kali berhadapan dengan mereka yang tetap menerima saya yang kotor ini,” katanya ketika ditemui pada program banduan bertemu keluarga, di sini hari ini.



Beliau yang sebelum ini bekerja sebagai pengawal keselamatan kilang, di sini berkata lemang, ketupat dan rendang menjadi kenangan selepas 19 tahun menerima hukuman di situ.

Dia antara banduan peringkat khas di Penjara Penor berkata, sepanjang Ramadan lalu selain berpuasa dia berpeluang menunaikan solat sunat tarawih setiap malam bersama beberapa rakan.

“Saya menyambut Aidilfitri di sebalik tirai besi yang penuh dengan pengajaran sebagai balasan atas kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang bapa pada anak tirinya.

“Saya berharap taubat diterima, saya menyesal dengan perbuatan lalu. Jika dipanjangkan umur saya ingin membina kehidupan baharu yang lebih bermakna apabila bebas pada 12 Julai 2030,” katanya.



Sumber – HARIAN METRO


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading