Suspek tembak KLIA disyaki peroleh pistol dari negara jiran

Oleh – Syeikh Baran


Suspek tembak KLIA disyaki peroleh pistol dari negara jiran
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain

Polis percaya pistol yang digunakan seorang lelaki untuk melepaskan dua das tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 1 awal pagi tadi, diperoleh dari negara jiran.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, senjata tersebut merupakan pistol semi automatik dengan peluru kaliber 9 milimiter.



Kata beliau, pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian telah menjumpai tiga kelonsong peluru.

“Satu daripadanya belum meletup. Suspek memiliki senjata itu secara haram dan dipercayai diperoleh dari negara jiran.

“Bagaimanapun, siasatan masih dilakukan pihak kita (polis),” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan suspek warga tempatan yang melepaskan dua das tembakan mempunyai tiga rekod jenayah lampau.



Mangsa iaitu isteri suspek sebelum ini membuat dua laporan polis di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu ugutan jenayah pada 2016 dan 2023.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.15 pagi itu, lelaki berkenaan telah melepaskan dua das tembakan, namun salah satu daripadanya terkena seorang lelaki tempatan yang juga pengawal peribadi wanita terbabit.

Siasatan awal polis mendapati lelaki tersebut sebenarnya mahu melepaskan tembakan ke arah isterinya di lokasi berkenaan yang sedang menunggu kepulangan jemaah umrah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 kerana cubaan membunuh serta Akta Senjata Api.
 
Sumber – KOSMO! ONLINE.




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading