Israel terus bom Gaza ketika konflik dengan Iran sudah reda

Israel terus bom Gaza ketika konflik dengan Iran sudah reda

Israel terus bom Gaza ketika konflik dengan Iran sudah reda
KANAK-KANAK Palestin memeriksa kerosakan pada rumah yang dibom Israel. FOTO AFP

Rafah: Agensi pertahanan awam Gaza pada Sabtu berkata, serangan semalaman Israel di sini, membunuh sembilan ahli keluarga Palestin, termasuk enam kanak-kanak.

Lima kanak-kanak berusia satu hingga tujuh tahun dan seorang gadis berusia 16 tahun adalah antara yang maut, bersama dua wanita dan seorang lelaki, menurut Hospital Al Najjar di bandar itu.

“Sembilan syahid, termasuk enam kanak-kanak, ditarik keluar dari runtuhan selepas tentera udara Israel menyerang sebuah rumah keluarga Radwan di Tal al-Sultan di Rafah,” kata jurucakap agensi Pertahanan Awam Gaza, Mahmud Bassal dalam satu kenyataan.



Di luar hospital, seorang wartawan AFP melihat orang bersedih kerana beg mayat kecil. Seorang wanita mengusap dahi budak lelaki yang mati.

“Orang ramai sedang tidur dengan tenang,” kata jiran Abu Mohammed Ziyadah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Peguam Kanan: Sultan Boleh Di Panggil Melalui Wakil Baginda Untuk Beri Keterangan Di Mahkamah




“Seperti yang anda lihat, tidak ada pejuang, malah lelaki dewasa, kecuali ketua keluarga. Mereka semua wanita dan kanak-kanak.”

Tidak lama selepas perang di Gaza bermula pada 7 Oktober, Israel memberitahu penduduk Palestin yang tinggal di utara Gaza untuk berpindah ke “zon selamat” di selatan wilayah itu seperti Rafah.

Tetapi Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu sejak itu berikrar untuk menyerang bandar itu, di mana kira-kira 1.5 juta orang – lebih separuh daripada penduduk wilayah itu – berlindung.

Israel selama dua bulan mengancam untuk menghantar tentera menentang pejuang Hamas, tetapi walaupun tanpa operasi sedemikian, Rafah masih dibom.

Bassal berkata, tentera Israel menyerang beberapa kawasan di Rafah semalaman, termasuk kawasan kejiranan Salam di mana seorang terbunuh dan beberapa lagi cedera.



Dia berkata, tentera Israel melancarkan serangan di sebuah rumah dan sebuah taska.

“Ia adalah malam yang sangat sukar di Rafah,” katanya.

Penduduk Rafah, Adnan al-Arja berkata, “tanah perkuburan tidak terlepas daripada pengeboman” di kawasan kejiranannya.

“Ini Rafah, yang mereka katakan selamat untuk mereka yang kehilangan tempat tinggal,” katanya.



Pada Sabtu, sumber bantuan PBB menolak laporan media Israel bahawa lebih 200,000 orang meninggalkan Rafah dan bergerak ke utara selepas tentera Israel berundur dari bandar utama selatan Gaza, Khan Yunis, awal bulan ini.

Sumber itu berkata, orang ramai kerap berulang-alik ke sana bagi memeriksa rumah dan harta benda mereka.

Israel terus bom Gaza ketika konflik dengan Iran sudah reda

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Usaha Menghalang DS Najib Mendapat Tahanan Rumah Mula Di Gerakkan

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading