Piala FA: Manchester United enggan ambil mudah

Piala FA: Manchester United enggan ambil mudah

Piala FA: Manchester United enggan ambil mudah
UNITED sedar kemampuan Coventry menyebabkan mereka perlu beraksi pada tahap terbaik untuk mara ke pentas final. – FB MANCHESTER UNITED

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag mengakui pasukannya telah membuat persiapan rapi menjelang aksi separuh akhir Piala FA menentang Coventry City di Wembley malam ini.

Tanpa memandang rendah kemampuan lawannya yang beraksi di Liga Kejuaraan, United memerlukan kemenangan dan mara ke pentas final sekali gus berpeluang untuk menjulang satu-satunya trofi musim ini bagi menyelamatkan musim mereka yang hambar.

Bagaimanapun, Ten Hag enggan memikirkan mengenai peluang tersebut sebaliknya mahu para pemainnya memberikan fokus satu demi satu perlawanan dan tugas mereka kali ini adalah memenangi perlawanan selepas kemarau sejak empat aksi lalu.



“Saya tidak memikirkan mengenai perkara itu (muncul juara Piala FA). Saya fokus mengenai perlawanan kali ini, bagaimana kami perlu lakukan untuk menewaskan Coventry. Kami sedang merancang untuk musim depan, tetapi buat masa sekarang adalah perlawanan ini.

“Musim lalu (ke final Piala FA) sudah menjadi sejarah. Kami mahu melakukan pencapaian seperti ini setiap musim dan cuba memenangi trofi. Kami mempunyai peluang besar, tetapi aksi separuh akhir juga suatu yang mencabar,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Peguam Kanan: Sultan Boleh Di Panggil Melalui Wakil Baginda Untuk Beri Keterangan Di Mahkamah




Tambahnya, Coventry turut memiliki reputasi yang hebat dan United tidak seharusnya mengambil mudah cabaran yang mampu diberikan menyebabkan mereka kekal membuat persiapan lebih rapi untuk aksi kali ini.

“Sudah tentu mereka sangat berbahaya dan secara logiknya ini adalah pentas separuh akhir. Musim lalu mereka sangat hampir untuk dipromosi ke Liga Perdana Inggeris. Kami melihat aksi mereka menentang Wolves dan mentaliti mereka sangat luar biasa. Kami perlu beraksi pada tahap terbaik,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ten Hag juga memberikan khabar gembira apabila tiga pemain tonggaknya, Antony, Scott McTominay dan Harry Maguire dijangka cergas untuk beraksi pada perlawanan itu nanti. – AGENSI

Piala FA: Manchester United enggan ambil mudah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Usaha Menghalang DS Najib Mendapat Tahanan Rumah Mula Di Gerakkan


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading